December 31, 2010

bola, kereta dan noh fahmi palarae

Alhamdulillah. menang jugak malaysia. paling best twit dari ferdinand. mamat kecintaan aku zaman sekolah dulu. semua orang sibuk cite pasal si fahmi tu. memang. dia truly hero. amaze. tapi tak sangka umoq baru 21. rupa macam 28 kot. jangan stress- stress adik. keep up your amazing work. malaysia memang boleh

QST 9624
jeng jeng jeng

tu la noh fahmi palarae. haha. nama fahmi tu tak sepatutnya ada di situ tapi hari dapat kereta hari tu la malaysia memang suzuki cup. ok what! let it be

rph belum buat lagi. malas- malas lagi ni. esok la nak print sukatan. huraian semua. nasib baik tahun depan aku cuma ajar 2 kelas sejarah dan 2 kelas moral cuma sivik banyak sikit. ingat nak buat game je. kalau ajar belum tentu diorang faham. ye tak cik kiah?

tadi first time drive di bumi sarawak. bandar sibu. dah la sesat sekejap. cuak gile. pusing punya pusing jumpa balik kedai gambar. gatal sangat nak cuci gambar kan amik kau. tak pe demi azim. esok nak gi pasar. isi angin tayar. tak reti la. malas pon ada jugak. kereta belum lagi mandi air semayang hajat. tak sedap hati nak bawak

waaa. hari ni dah 31 disember. esok aku dah masuk 25. tak sangka. aku dah dewasa. aku harap selama 24 tahun ni aku tak jadi beban kepada siapa- siapa. aku pon dah lupa apa azam aku dulu. tapi tahun ni memang sangat warna warni. tahun 2010 ni is all about being a teacher

cuma. harap sangat tahun depan __________.

semoga sentiasa di sisi Allah. dipermudahkan oleh Nya segala urusan

December 28, 2010

mak suka bangun lambat


hah! hari ni meeting

sesi petang
sejarah
pendidikan moral
pendidikan sivik dan kewarganegaraan
23 kelas
35 minit
guru kelas sesi 2 2A9 (shit)
sukan memanah
badan uniform bomba

paling sakit hati nama dalam buku panduan tulis PATHIAH. wtf. petang tadi kobar nak gi amik kete. jpj pulak offline tak pasal- pasal esok kena bayar rm6 kat uncle teksi. harap esok dah boleh amik kete. InsyaAllah

esok masih lagi ke sekolah. pendaftaran katenye~

nak kena bagi buku teks la buku kerja la. nak kena bawak pergi kelas. nak kemas kelas lagi. dah la kelas kongsi dengan form 4. takde maknanya nak hias cantik- cantik. harap- harap esok habis awal macam hari ni. yeay!

December 18, 2010

life's too short isn't it

azam tahun depan

2 hari lepas dapat sms dari kak ija. bagitahu mr francis (PK 1) cari. fine. terus call. dia mintak datang sekolah 23hb ni untuk jaga hari keputusan pmr keluar. mak cakap la mak kat terengganu lagi. dia cakap nanti dia cari cikgu ganti. fuhh

petang tu ada 2 missed calls. check. mr francis. lagi. call balik. dia cakap next year aku kena sesi petang. blur. tapi mak redha je. buat apa nak merungut. negatif. hidup ni singkat sangat kan. be positive. mesti ada hikmahnya. lega sebab tak yah pening. gerun. senak. risau kena ajar form 4. tahu. form 1 pon tak kurang hasam nya. at least dapat yang budak- budak ni senang nak bentuk. nak ajar diorang BM. ni takde la next week spm. hari ni terkial- kial lagi

aku perasan dalam bulan ni banyak berita tentang kematian. arwah pak cik maidin. serius tak sangka. Allah memang sayang lelaki sebaik tu. kalau kagum dengan kak aini. dia setabah manusia. lepas arwak taufik. aku ingat mizah pernah cerita pasal arwah. engineer and also photographer. aku tinjau blog dia. malang nya dia dah pergi buat selamanya. namun seni nya tetap kekal sampai bila- bila. arwah dr mas. pon disebabkan oleh kanser. betul la kata cikgu rozaidi dulu 'best man die young'

hidup sesingkat ni. aku masih lagi terkapai- kapai. nak buat itu. nak buat ini. kesudahannya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. pejam celik dah akhir tahun lebih kurang 10 hari lagi. sekejap sangat. 24 jam terasa macam 18 jam je. ingat pesan seorang ustaz. kita terasa masa itu singkat kerana kita terlalu melebihkan keduniaan. nauzubillah

tengok cerita the buried life buat aku terfikir. sebelum aku mati apa yang aku nak buat. sampai hari ni aku masih lagi berfikir. emmm

December 16, 2010

10 muharram yang dulu

iklan --> menyampah kalau terbaca annoying posts di facebook. seriously annoyed =_=". itu satu

10 muharram. ingak pulak masa praktikal --> kerja di sebuah firma di kajang dulu. ngeri. betulll. pada hari itu la aku diberhentikan. disebabkan oleh reason yang tak masuk akal. tapi hati aku tenang. lega. aku akui time tu aku memang naif. aku tanya raudha boleh ke aku berhenti kerja. nanti dapat ke kerja lain. jawapan raudha memang menusuk ke kalbu (as always) "kalau kau nak berhenti kerana Allah, Allah pasti akan tolong kau". sampai mati aku ingat ud

apa biasanya yang berlaku pada 10 muharram?

karbala. majikan aku rupanya seorang syiah. kalah dasyat 13 weh. mula- mula aku syak dia wahabi. kenapa aku syak. sebab dia:
  • tak solat jumaat
  • jamak asar dengan zuhur. maghrib dengan isya. setiap hari
  • tampal doa pelik- pelik dekat surau. bagi aku pelik sebab dalam doa tu mostly akan sebut "celaka yazid"
  • sangat agungkan Saidina Ali dan Saidina Hussein
  • sangat bencikan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman
  • percaya bahawa ada 'sahabat @ pendamping' bersama- sama dengan dia
  • kalau time puasa kena tunggu sampai betul- betul gelap baru boleh makan bak kata boss j "sampai hilang garisan antara langit dan bumi" (ingat lagi curi- curi g pantri makan dulu)
  • dan lain- lain. dah 2 tahun. dah banyak lupa
ingat lagi masa tu kat masjid jamek jalan tar. aku cakap ciri- ciri diatas kat raudha. terus terkeluar dari mulut dia "bos kau tu shiah". terkejut aku. betul- betul terkejut. aku tahu pasal shiah tapi tak sangka hidup bersama dengan diorang

pengikut fahaman shiah percaya bahawa mereka akan dapat pahala kalau mereka bunuh ahlu sunnah. cuak tak cuak. aku memang fikir panjang. nak berhenti ke tidak. sebabnya bos aku tu mula arah pekerjanya baca doa- doa. kitab- kitab shiah. ikut amalan- amalan yang dia buat. masa tu aku rasa macam banduan tunggu saat nak digantung je

pada 10 muharram 1430. bos j mintak semua pekerja dia berkabung. dan dia ada bagi 1 cd untuk semua tengok. guess what. pasal karbala. aku stay dalam bilik tu cuma 5 minit. sebab aku tak sanggup. aku keluar kembali ke tempat aku. bila semua selesai tengok cd tu. kak r panggil aku bagitahu bos mintak aku berhenti awal. memang aku ada mintak berhenti kerja tapi notis 1 minggu. ni awal 3 hari. aku cuma dia. dalam hati aku cakap MERDEKA!

tenang setenang- tenangnya. tak sampai 1 minggu lepas tu aku dah dapat kerja baru. Alhamdulillah. betul cakap raudha

lately aku terbaca blog faisal tehrani. cinta dia akan ahmadinejad. mungkin dr faisal tak rasa apa yang aku rasa. betapa amalan mereka berbeza. aku tahu mungkin ahmadinejad itu semulia manusia. tapi dia juga penganut fahaman shiah. aku malas nak fikir. yang aku tahu aku tetap ahlu sunnah wal jamaah. hanya Allah Maha Mengetahui. jadi ahlu sunnah pon bukan gerenti masuk syurga. kalau dah dosa lebih banyak dari pahala. Astaghfirullah hal azim. ampunkan dosa kami ya Allah

p/s: terbaca metro penganut shiah ditahan jais. bila tengok dalam berita. aku rasa aku cam siapa yang 'angkat tangan' kat jais tu

December 15, 2010

cuti yang tinggal hanya beberapa kerat

aish (awal- awal dah mengeluh). bukan. sedih sebab tinggal lagi seminggu kat rumah. cuti kali ni sangat best. jalan- jalan. makan- makan. mak suka! memikirkan terpaksa mengajar form 4 tahun depan buat aku rasa senak. sembelit. nak muntah. takut nyah. macam mengajar geng serizawa + genji. serius aku takut. takut tak perform depan pengetua. pk 1. kak emy. semua cikgu- cikgu moral. sebab ni major aku. sedangkan aku sendiri belum hafal nilai- nilai

subjek ni bukan la susah pon. cuma hafal saja. tapi budak- budak ni susah (tengok think negative). mungkin sebab aku yang tak bagus. tak reti nak mengajar T_____T. pengetua high expect. adoii sakit perut

nak bagitahu. aku dah beli kereta. gila tak?

macam beli ikan kat pasar. semua dah setel cuma gi amik je. honestly aku sangat cuak. sebab aku bukan terer drive pon. mak P ok! seram weh. mungkin kak emy atau kak ija akan jadi mangsa. tapi aku belum pon bagitahu kak emy. mesti bagitahu sebelum balik sibu!

kat sini kereta lagi murah. hari tu tengok kat giant SE baru rm52k sama dengan aku nye tau. tapi aku beli yang biasa- biasa je. gila sungguh. nak ada kereta ni macam nak ada anak. nak kena jaga. cuci. aku mana reti pasal kereta ni. roadtax ke service ke. tak pernah amik tahu pon. hah sekarang baru la nak meraba. amik kau

ayah mulanya bangkang. katanya baik beli kereta secondhand dulu. aku tak nampak mana releven nya. aku cuma fikir for this time being baik beli yang baru terus. kereta bukan murah nak tukar- tukar. cepat aku beli cepat habis bayar. banyak benda lagi aku nak kejar. rumah etc

last week ayah cadang lagi. beli myvi pink. heh? bukan tak cantik. cantik cuma. too obvious la. segan. nanti satu sekolah tahu "tu la kereta cikgu fathiah". mana mak nak letak muka mak yang berapa cann ni. aku prefer grey. kalu putih lama- lama akan jadi kuning. kalau hitam nanti kotor nampak sangat. ye tak?

P belum beli lagi. kat sana nanti la kan. harap semuaa kan berkeadaan baik. dibawah limpah kasih Allah. hargi setiap nyawa disekeliling kita. moga kita bahagia~

December 11, 2010

berdosakah aku?

farez nasyarudin tu macam khalil fong kan. perasan tak?

kenapa kita baru ketemu?
kalaulah kamu itu adik ku
kenapa bapa mu perlakukan kamu begitu
dicampaknya kamu bersama saudara bukan seagama dengan mu
barangkali dia sudah gila
kasihan kamu adik ku
semat dalam jiwa mu
Allah tidak menduga jika bukan kesanggupan mu itu
dan ingatlah tiada yang lebih bertuah
selain dilahirkan sebagai seorang islam
peluk erat agama sesuci islam adikku
tabahlah kamu bersama saudara bukan seagama
walau kita beda jangan lupa yang 5 itu
hidup ini cuma sementara
tiada yang kekal
cari gali kembali usul asal mu
pasti kau ketemu bahagia bagimu
aku
kakak mu jua guru mu
sentiasa bersama mu mendoakan mu
ingat pesan ku

December 7, 2010

ni la yang best jadi cikgu

jom melantak

cuti sekolah. lucky me aku cikgu semenanjung. tak perlu stay back kat sekolah untuk spbt. pusat sumber *smerk*

so last week kami pon menabung dengan owner- owner kedai tudung dan kraftangan di melaka. tak kurang juga di kuala lumpur senyuman mu di pagi ini. banyak jugak duit habes. tengok barang tak de la banyak pon. ke mana kah

hari jumaat jam 2 petang baru gerak ok. gila tak gila. diorang gerak lambat dari kelantan. nak amik aku lagi. nak gi kenduri lagi. nak isi minyak. bla bla bla. jam 11 malam sampai melaka. tumpang umah roh

tangga kapal

sabtu. pusing- pusing melaka. malam makan ikan bakar tanpa nasi lemak. stress mak. rasa macam tak lengkap. tak suka betul kalau nak berniaga tapi acuh tak acuh. nak berniaga betul- betul la. kami pelanggan ni raja tau

aku dah lama nak gi jonker walk. teringin sangat. malang nya. sampai je baru tengok- tengok. hujan menyimbah bumi. dengan lebat nya. sedih gile. lari- lari dalam hujan masuk kereta. dah la tempat parking agak jauh. kuyup ok

ahad. pusing lagi. naik taming sari segala bagai. for the first time masuk dalam kapal besau tu. best weh. tak sangka plak. singgah pekena cendol terus gerak ke kuala lumpur. isnin. al kisah nya kat kl pon sama jugak. sampai jalan tar terus hujan menyimbah bumi. baru ingat nak gi sogo. cari baju azim. tak de rezeki la. Allah tak bagi aku bazir duit agaknya

fathiah ko layak sangat masuk biggest loser weh

malam sempat gi i-city. cantikkk. nak gi lagi lain kali. oleh kerana i-city 24 hours. next time nak gi i-city jam 3 pagi. baru tak de orang. nak bergambar golek- golek pon boleh. selasa. selamat pulang. nasib baik ada nurul hantar ke putra. dengan beg yang berat. belacan arina. melampau sangat kalau naik lrt. kepam kot

December 2, 2010

aku dah kat kampung weh


terubat sudah rindu dendam

esok kami (fateh. kak wani. arina. nik ana. nurul) akan ke melaka. last minute jalan-jalan-tak-hengat-donia project. bukan selalu. ni je masa yang kami agak free. even baru duduk rumah baru 2 hari. lately hujan almost everyday. in fact one whole day. takut jugak. harap perjalanan kami dipermudahkan Allah

bimbang jugak. jam 9 jam mereka bertolak dari kelantan. nak singgah- singgah lagi. agak- agak jam berapa la baru sampai destinasi. hujan ni. kenapa la cuti panjang kat malaysia ni time musim tengkujuh. kan best kalau kat seberang laut sana. cuti time summer. kan enak berjalan- jalan

melaka esok tumpang rumah mc roh. dah la kami ramai. tapi tak de la segan pon sebab rumah roh. tak sabar nak makan ikan bakar. ni masuk kali ke 3 @ 4 aku ke melaka. best pe

hari ni g beli kain. baju kurung sikit sangat. nak berpesen- pesen jugak walaupun sekolah cina. lantak la. ada mak kesah. tadi jenguk- jenguk online boutique. berkenan tapi kena fikir panjang. hari tu dah berhabis beratus beli tudung. tapi belum pon sampai lagi. hujan kot posmen susah nak gerak

harap esok semua berjalan lancar. selamat pergi dan balik. insyaAllah

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedangkan kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya, Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah , kami akan kembali

November 28, 2010

hari ini dalam sejarah

ok. tahu. paper sejarah dah lepas. fyi sejarah is one of my feveret subject. paper sejarah kali ni banyak mengingatkan aku time spm dulu. aku sampai missed untuk baca doa sama- sama dengan ustaz sebab masih lagi dalam kelas belek- belek buku teks. aku suka sejarah sebab semua yang berlaku itu real. those events were happened before

awal- awal tahun masa form 5 aku dah start baca sejarah dunia. interesting sangat. i just fell into it. aku sebenarnya tak habis pon baca sejarah form 5. cuma pulun sejarah dunia saja. tapi Alhamdulillah. tu la. tak kan ada usaha yang sia- sia. setiap yang diusaha pasti ada hasilnya. walaupun terpaksa tunggu 10 tahun sekali pun. kuncinya adalah sabar

soalan spm sejarah 2010 objektif sangat la senang. masa 'zaman' aku dulu. soalan sangat susah. soalan tahun ni simple je. no wonder ramai dapat straight As. dah tak de kualiti kot. tu pon student masih lagi tak dapat jawab T___T

for the first time aku kena jaga exam. part of orientation program. redha je la. aku cuma masuk 5A3 saja. dan first time jugak aku jumpa phillip. sebelum ni tak datang sekolah kot. suprisingly dia sangat pandai. the one and only yang diam dan study. memang sangat cool

isnin dan selasa ni lagi 2 kali jaga exam. then balik. hah. tak sabar weh. orientasi pon masih ada lagi isnin ni. then continue next year. dapat cuti juga 1 bulan. thanks pengetua!

November 23, 2010

8 tahun lepas

spm 2010

betapa ianya beda
lelaki dan perempuan itu lain benar
2003 dan 2010 jauhnya tak terjangkau
seakan aku sudah tua
kalau dapat di putar masa
aku pasti cuba sedayanya
namun
rancangan Allah tak terduga
bukan kah ada hikmah disebaliknya
ya aku sudah tua
tapi gembira
terima kasih Allah atas segalanya

November 19, 2010

cikgu lain dah mula cuti. aku?

hari ni officially mr s.t berucap as pengetua shs. ok la. better than previous pengetua. no more half mandarin speech. 70% malay 30% english. ok what!

ada taklimat ringkas jugak. mr s.t sangat serious tapi sometimes kelakar jugak. still remember what he told "you cannot change cow to horse". kalau student tu lembap jangan push sangat. sebab Tuhan dah jadikan masing- masing ada keupayaan dan kebolehan tersendiri. setuju!

dan hari ni jugak. hari terakhir sesi persekolahan 2010. aku? kena jaga exam weh T____T. nak balik sekarang. nak balik laju- laju!!

lagi 10 hari. tak sabar~


November 15, 2010

field trip dan kisah cib**

1st story

mukah. dalat. igan. oya. checked!!

last weekend kak ija ajak balik kampung di igan. oleh kerana last minute invitation makanya tanpa fikir panjang kami (kak emy & fateh) pon setuju. lepas sekolah laju- laju g naik speed boat dengan pakai baju kurung ok. gile tak gile! merangkak- rangkak panjat pagar untuk naik bot

perjalanan kurang lebih 2 jam. lama. siap boleh tidur lagi. sampai- sampai air surut. so kena panjat lagi. aish. merangkak kali ke 2. sangat tak sopan. sendiri pon sangat malu. tu la gemuk sangat nak panjat pon susah

petang tu g dalat. kak ija nak beli kayu untuk rumah dia. jumpa kampung sungai ud. sungai ud tu. haha. snap- snap. dah balik. malam tu mak kak ija masak sedap gile. first time aku makan nasi dan udang sahaja. ulang taip. udang nyah. gile ko mak makan hudang! memang sedap sangat. mak potong udang kecik- kecik sebab tu tak rasa. dia tumbuk serai. kunyit. halia. bawang merah. bawang putih. cili. gaul dengan asam keping dengan ajinomoto. garam jugak. mauk cuba kelak

sabtu g mukah. ada pantai rupanya kat mukah ni. beli ikan kat pasar mukah. pakcik cakap aku layak makan kepala je sebab aku gemuk. dia memang mention aku gemuk T_____T. tau la gemuk tak yah la cakap banyak- banyak kali pakcik. best dok mukah ramai melayu. nak makan senang. tak boleh- tak boleh lagi la gemuk nanti

ahad jam 6 pagi dah gerak tunggu bot. jam 8.30 pagi dah sampai sibu. sangat enjoy. harap tahun depan dapat g lagi. makan udang mak masak

dari tempat tunggu bot

kena-panjat-terasa-macam-nak-tersembam speed boats

another

i think he's a teacher

barang- barang kami

pokok jambu pon nak ikut sama

dah gerak

hujan di tengah jalan ok

bestfriend

sikit lagi nak sampai. yeay!

awan hitam dihati yang sedang gelisah

Subhanallah

ni la kampung igan
---------------------------------------------------------------------------------------------
ok 2nd story

which happend last week

location: 4S2
time: tak ingat
date: one of those five days

masa tu exam. subjek pjk. aku pon pelik ada exam pjk. so the students rasa subjek ni tak penting dan tak nak exam. sengal. memang spoil mood aku diorang ni. nama je kelas sains perangai macam hape. masa exam tu boleh pulak buat bunyi kereta. bersahut- sahutan pulak tu. lama jugak. sampai aku hilang sabar

aku pon tarik baju student yang mulakan tu. "meh g kelas sebelah buat bunyi macam awak buat ni!!" sambil tarik baju dia. lepas tu boleh dia cakap cib** kat aku. saat tu aku rasa macam nak lempang je dia. lempang laju- laju. sumpah dia bodoh sampai mati. saat tu je la. tapi bagi aku dia dah mati. dan aku tak sumpah dia. sampai hari ni aku tak masuk lagi kelas tu. malas!! biarkan. kurang ajar sangat

dah la sebelum tu sorang student cakap fuc*. memang tak layak la diorang dok kelas tu. tobat aku tak nak ajar kelas tu tahun depan. kalau dapat jugak aku suruh dia mintak pengetua tukar cikgu. aku tak kan ajar kelas tu. diorang semua bukan manusia

November 5, 2010

hamba abdi di tanah sendiri

semalam seat in 5S3. sangat kurang hasam patrick wong. siap boleh main kad lagi. dia ingat aku ni jenis tak amik kesah kot. mintak maap. macam tu gaya pengerusi ketua tingkatan? ketua 5A5 lagi bagus la. lagi hormat cikgu. kau?

tu ke kelas yang dibangga- banggakan sangat tu. best class in shs konon. bullshit

pagi seat in 5A5. sungguh- sungguh nak isi upu. sedih sebab awal- awal dah tahu diorang mustahil akan lulus bm. macam mana masa depan diorang? kesian sangat. diorang ni umpama orang buta yang nak bawak kereta T__________T

ok enough pasal form 5. hari ni balik awal sebab ada majlis anugerah pelajar. 10.30 dah setel sume. macam tadika pulak. ye la hari ni suppose public holiday tapi sarawak tak amik. ganti dengan good friday kot. dah la raya haji esok cuti sehari je. menyayat hati sungguh. eleh dulu kat unimas macam tak biasa

malam ni pulak ada dinner. pakai baju biasa- bisa je. mana nak tahu kan. dah la ajk cabutan bertuah. tak nak la naik. aku bukan cantik pon. lain la baizura & dorris. macam miss malaysia. segan la aku. nak g makan je

esok meeting. asal aku rasa gerun hah? cuak seyh. kenapa weh? kenapa. adakah aku bakal ____. takut nak menghadapi hari esok. macam sesuatu yang buruk bakal berlaku. biasa instinct aku ni mengena sasaran T___T

*doa*

November 3, 2010

contengan


tiada satu pekerjaan pun yang dapat menghilangkan kebosanan. rasa mengantuk. jiwa kecamuk. ketidaktenteraman hati. kecuali dengan melukis

November 2, 2010

di benak frontal lobe

1. i'm blessed

syukur sangat sebab dapat tumpang rumah kak emy. jumpa dengan kakak- kakak yang tersangat lah baik. kan dah cakap setiap kejadian pasti ada hikmahnya

p/s: gemuk la lepas ni. diorang suka masak

2. perempuan yang mengheret lelaki ke neraka

ok. mesti pasal noh dan girlfriend dia. aku bukan dengki kat miss n tu. cuma. kamon la noh. dah tak de orang lain ke. memang. memang aku harap sangat diorang clash. kalau la betul aku la manusia paling gumbira. bukan sebab noh available dan aku boleh ngorat dia. no way. he's not my cup of tea [macam mihah selalu cakap]. sebab aku suka seni noh. lagu dia. sangat jujur. sangat ikhlas. aku rasa aku pernah mention dulu

wahai noh tahu tak. memang perempuan paling ramai di neraka. tapi perempuan boleh mengheret lelaki ke neraka. awak tak takut ke? saya tak cakap yang saya ni baik sangat. konpem masuk syurga. namun kita mencari syurga. bukan syurga dunia semata

tapi Allah jadikan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. perempuan yang keji untuk lelaki yang keji. mungkin kah awak? nauzubillah

tak tahu la saya sempat. ada peluang jumpa awak ke tak. kita tak berjodohan. cuma saya nak pesan. Allah limpahkan rezeki pada awak. jangan pernah lupa sujud pada Nya. kita tetap hamba Nya yang lemah. khilaf. bukan?

saya tetap akan sokong awak sebab saya cinta kan musik awak. seni awak

p/s: berangan suatu hari noh [hujan] akan baca. mustahil

3. mamat asmara

tak tahu la apa nama dia. aku nak cakap yang dia ni memang tak pandai berlakon ok. sangat teruk. kenapa dia boleh terfikir untuk jadi pelakon. weh adik cepat tukar kerja. tak sesuai la. dah la kak naliza cakap dia dengan mari farida. maria farida ok. budak asmara tu baru umur 22 kot. muda lagi dik. belajar dulu. belajar tu jihad tau

4. mak dan 3G

mak call. tanya kawan- kawan ada phone 3G tak. nak aku 3G dengan azim. boleh? mak. mak. mak zaman moden ni macam tu la. aku pon kangen bangat sama azim. kesian batuk- batuk budak tu. risau jugak aku. tu la adik aku tu dulu pregnant suka minum ais. paru- paru azim macam lemah je. ishh mulut. nauzubillah

5. hate me

aku setiap kali masuk opis. setiap kali jumpa dia. aku mesti senyum. tapi dia selalu je menjeling. tak pon tak faham. aku xde pon kutuk- kutuk dia sebab dia kerani sekolah. mak aku pon kerani ok. nak kata aku ni menyombong kat sekolah. tak de pon aku rasa. orang lain yang selalu menyombong dengan aku

kalau cikgu fizik yang tinggi. tengok aku macam nak telan. macam pernah pecah kan tayar kereta dia. cikgu daniel? tu tak yah cakap la. main jalan je tak cakap pon "tumpang lalu ye". aku hampir jatuh menonggeng ok sebab dia. muka je comey tapi *aish*

aku sangat la happy sebab tak perlu buat SMM lagi *yeay* tapi bosan pulak. kertas budak dah habis marking. esok nak buat apa la ek. bergosip? tak de orang nak layan aku T____T

tapi saya akan nice dengan semua orang

pengetua. cara cakap macam dapat tukar. tidak!!! aku belum lagi kahwin. belum lagi isi e-tukar. macam mana nak transfer ni T_______T

6. sahabat lelaki

lately. kawan aku dari sekolah rendah tu [haj***] tak pernah reply aku pon. thru fb ke. ym ke. kenapa agak nya? kalau az** aku boleh terima lagi. mungkin sebab dia dah tunang. noted. tapi this old friend. dia tak anggap aku ni kawan dia lagi ke? T____T. bukan ke kita kawan dari kecik? tak ingat ek

hari tu saff sms congrats aku. konvo. aku pon lupa. nasib baik saff ingat kan. koji. nak pos flyers. boleh? tau la keje bank. aku pon bukan reti. pinjaman la. kad kredit la. nanti- nanti baru nak fikir. for these time being that's not what i needed most

aku ingat nanti bila dah ada duit lebih sikit- sikit. nak belikan diorang baju 'sarawak'. kawan- kawan batch 121. sampai mati aku tak kan lupa korang

7. pelangi

mesri sabar tunggu 'pelangi' selepas 'hujan'