September 29, 2011

1 tahun


1 tahun ini
pahit getir yang di tempuhi
seakan ku tak mampu bangkit lagi
namun seolah diberi segunung kekuatan saban hari
payah resah gelisah semua ku daki
demi setitik ilmu yang ingin di kongsi

1 tahun ini
setiap hari ku rasa benci
sehingga kaki tak mampu melangkah lagi
sedangkan diri sendiri tak mahu jadi begini
ku cari kekuatan dalam diri
kenapa begitu sukar untuk aku temui

namun kini
ku tak perlu fikir lagi
hidup ini hanya sekali
cintai mereka sepenuh hati
aku doakan mereka hingga aku mati
kerana
ku tahu sesunggunya Allah sentiasa berada di sisi

terima kasih Tuhan kena diberi
kesalahan untuk dimaafi
kesalahan untuk dipelajari
kesalahan untuk jatuh dan berdiri sendiri
kesalahan untuk sayang menyayangi
kesalahan untuk pedoman diri

Alhamdulillah
atas segala kemudahan dan rezeki

Alhamdulillah


[290911| 10:51 AM]

September 26, 2011

the remedy

hah! finally beli jugak tiket ke bandung. tak rancang pon. tiba- tiba je. jumaat malam lepas kejadian ketidakadilan tu ingat nak call ud nak hilang stress. dia pulak mintak survey tiket. ok lah rm 303 pergi balik. tapi bulan 3 tu lambat lagi. aku takut time tulah ud nak tunang atau kahwin. tak kan gi sorang- sorang kot

pasal isu ketidakadilan pulak. aku sendiri jumpa cikgu yang ambil kelas aku tu time meeting sabtu lepas. nak tukar balik. aku cuma mintak 1 kelas je. alhamdulillah dapat. so kelas aku next year will be 2A4 & 2A8. syukur sangat at least dapat jugak 1 kelas yang boleh menulis membaca dan faham bahasa

pagi meeting petang open house. lama tak jumpa kakak- kakak kesayangan. makanan memanglah sangat sedap sebab kak desmi yang masak. tapi 1 je yang tak best. diorang ni suka sangat kenen- kenen kan cikgu- cikgu bujang. segan kot. aku dah la sekolah lain. baida ada jemput member sekampung aku. aku rasa baida suka dia lah. kan? tapi aku pulak yang terkena tempiasnya. aishhh

khamis lepas sambil- sambil tunggu budak- budak siapkan latihan. belek- belek modul spm komsas yang budak pagi tinggalkan atas meja guru. jumpa puisi ni. sajak kecek (v). indah dan sangat bermakna

gambar di matu. insyaallah ada rezeki sampai lagi

September 23, 2011

adil?

dunia memang tak adil
tak pernah adil
dan tak kan adil

aku banyak kali cakap. banyak kali diulang- ulang. aku nak ajar 2A4 sejarah tahun depan sebab aku dah ajar diorang tahun ni di kelas 1A6. aku awal lagi dah book 2A4. 2A2 tak pe lah sebab bukan aku pernah ajar pon. petang tadi terasa nak tengok loading untuk sejarah. pang! nama aku

fathiah: 2A6 & 2A8

wtf

aku tengok kelas yang pilih sebelum ni dah nama orang lain. orang yang aku selalu cakap ank betul- betul nak ajar 2A4. memang dia ada argue katanya belum tentu 1A6 akan masuk 2A4. aku tak harap semua dapat setengah pon ok

aku tanya madam wong

fathiah: tapi sebelum ni saya pilih kelas ni [2A2 &2A4]
madam wong: guru ini lebih berpengalaman

dalam hati aku cakap "kalau dah berpengalaman sangat ajarlah kelas belakang- belakang" aku first time kot

masa awal- awal dulu aku bagitahu nak ajar form 1 jugak tahun depan. madam wong cakap yang ajar form 1 kena ajar form 2 vice versa. lebih adil katanya. aku tengok loading aku je yang kena ajar form 2 cikgu lain ajar form sama je. bulls**t

tapi aku paling sakit hati cikgu yang ambil kelas pilihan aku tu. bukan aku tak tahu tu tulisan dia. suka- suka bagi aku kelas belakang- belakang. dah la tak bagi tahu aku pon. kalau kau ada masalah dengan student kau jangan libatkan aku. aku pon terbeban dengan masalah

tak pe Allah ada. sentiasa. aku akan cuba sedayanya untuk pastikan 2A6 & 2A8 lebih bagus daripada 2A2 & 2A4. tengoklah nanti

September 22, 2011

cubit salah tak cubit pon salah

budak- budak sekarang ni dah pandai komplen pasal cikgu. tu tak kena ni tak kena. lately memang aku suka cubit budak- budak ni. tapi dalam ramai- ramai 1A3 paling tak puas hati. siap argue dengan aku. nak bawak mak jumpa pengetua ngadu pasal aku

bawaklah bagus jugak. aku pon ada banyak perkara nak tanya

- tahu tak yang anak puan ni tak tahu membaca
- pernah tak puan bantu dia dalam pelajaran
- puan pernah semak kerja rumah anak puan
- anak macam ni puan banggakan

semalam kak ya jumpa aku bagitahu budak ngadu pasal hal cubit- cubit ni. sebelum semua cigu diorang bagitahu baik petang ni aku jumpa mr wong bagitahu dulu sebab musabab kenapa aku cubit

aku pernah tanya kak ros pasal hal cubit dan mengadu ni. kak ros pon harap mak dia datang sebab dah 9 bulan sekolah ni yuran pon tak bayar. belajar tak pandai cari salah orang reti pulak. aku cakap bodoh nanti orang lain cakap "apa la cikgu ni cakap kat student dia bodoh. macam tu ke cikgu"

manusia boleh cakap macam- macam. macam student jugak. tak pernah pulak fikir kenapa cikgu hukum diorang. mana ada cikgu yang suka- suka hukum student. mesti ada sebab bising ke tak salin nota ke homework tak siap ke. mesti ada sebab

budak- budak macam ni la perosak bangsa malaysia. belajar bukan main lagi malas. ilmu tak reti nak cari tapi gaduh reti pulak. aku dah hopeless. tak dapat nak positif lagi. perangai dah tak macam manusia. petang ni waktu aku waktu akhir habislah. memang bising tak hengatlah. lantaklah tak dapat cubit pukul dengan buku teks boleh kot

September 21, 2011

parsilah bukan peris

cikgu: ling datang depan ceritakan pasal undang- undang bertulis
ling zhong ming: bla bla undang- undang 99 perak berasal dari [dengan yakin] peris!
cikgu: hahahahahahahaha parsi lah weh

dahlah paris dia eja peris. agak- agaklah. aku tak dapat tahan gelak. serius! kelakar betul budak ni. selalu macam tu konfiden semacam je. tetap juga salah tapi tak pe sebab dia berani cuba. next time nak suruh dia datang depan lagi. macam best je kan

esok dah rabu sekejap je masa berlalu. tak tunggu pon. malas nak fikir pasal budak- budak lagi. lantaklah sebulan je pon lagi. aku pulak yang tak sabar nak habiskan sekolah. aku serius geram kat few studs dah tak dapat sabar ni. tapi tak jugak ambil tindakan. lupaaa

tadi ptptn sms aku. wah berangan sangat. mintak hantar dokumen ujrah tu. tu pon aku lupa jugak. esoklah kalau sempat. banyak kot. dahlah id fotostat aku dah limit. muka tebal mintak kak ija punya

lately time quill selalu dengar lagu dibawah. kalaulah aku dapat nyanyi kat student aku supaya mereka tahu aku akan selalu ada untuk mereka

T____T

----------------------------------------------------

Ketika mimpimu yang begitu indah
Tak pernah terwujud ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai ya sudahlah

Apapun yang terjadi
Ku ‘kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Cause everythings gonna be ok

Satu dari sekian kemungkinan
Kau jatuh tanpa ada harapan
Saat itu raga kupersembahkan
Bersama jiwa cita-cita dan harapan

Kita sambung satu persatu sebab akibat
Tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
Menuntun ke arah mata angin bahagia
Kau dan aku tahu jalan selalu ada

Juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
Bagai deras ombak yang menabrak karang
Namun ku tahu ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
Hadapi bersamaku hingga akhir datang

Saat kau berharap keramahan cinta
Tak pernah kau dapat ya sudahlah yeah
Dengar ku bernyanyi lalalalala heyeyeyeyeyayaya
Dedum dedudedadedudidam semua ini belum beakhir

Satu ‘kan langkah langkah yang beriring
Genggam hati rangkul emosi
Genggamlah hatiku satukan langkah kita
Sama rasa tanpa pamrih
Ini cinta across the sea
Peluklah diriku terbang bersamaku
Melayang jauhh

Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
Sosok ini yg menerima kelemahan hati
Yea.. aku cinta kau.. ini cinta kita
Cukup satu waktu yes untuk satu cinta

Satu cinta ini akan tuntun jalanku
Rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
Rebahkan rasamu untuk yg ditunggu
Bahagia hingga ujung waktu

[bondan prakoso - ya sudahlah]

September 19, 2011

September 14, 2011

bawang merah

sejak dua menjak ni sakit hati sangat dengan wong king hoong. rasa nak tumbuk ke muka dia. serius. masa tengah menulis kat papan hitam rasa nak gi belakang tarik kolar baju lempang je muka dia tu. nasib baik aku sabar. orang yang kuat adalah orang yang sabar. malas nak fikir pasal dia

masa cuti hari tu amie introduced aku dengan quilling. so aku belek dua tiga blog yang related. memang cun. aku berkenan. aku email lina sebab dia ada jual tools untuk quilling. alhamdulillah dah pon sampai. sekarang waktu malam di isi dengan kerja menggulung kertas. seronok wa cakap lu. dapat release stress






pictures taken by bawang merah [keluarga baru]

pagi tadi mimpi dia lagi. kalau kami tak berjodohan saya pohon tolong jauhkan dia dari hati saya ya Allah

September 12, 2011

mimpi sama yang tak serupa


{kredit jeansbeans}

aku cuma ada hujung minggu untuk tidur siang. biasanya ahad petang memang perfect untuk lelapkan sekejap mata ni. tapi ianya bukanlah satu ritual buat aku. memang jarang sangat aku tidur pon namun ahad lepas aku kalah dek kerana terlalu penat dan kenyang penuhkan perut di rumah terbuka cikgu- cikgu sekolah

tambah pulak terpaksa mengambil dan menghantar suami sha ke lapangan terbang. best jugak dapat jumpa baby rafiq. baik sangat budaknya. diam je. agaknya dia tahu ibunya bersusah masa mengandungkan dia dulu. aku pulak yang sebak

berbalik kepada cerita tidur petang. masa tu aku memang tak dapat fikir dengan waras. aku tahu dah masuk asar tapi dalam hati cakap "awal lagi". aku pon panjat tangga masuk bilik dan tidur. bila dah tidur mesti mimpi kan

dalam mimpi tu aku tengah drive. dalam tu ada kak ija dan kak yan. tiba- tiba sebelum sampai traffic light ada banyak gila kereta dari arah bertentangan nak langgar aku. ada motor kereta lori bas. semua ada. aku takut gile semua dalam kereta menjerit- jerit. aku sedaya upaya untuk elak kereta daripada kena langgar. so aku pusing stereng kereta dan stop. aku terbangun. jam menunjukkan 6.11 petang "alamak asar!"

sebelum ni aku pernah tidur sebelum solat asar. pon mimpi drive dan hampir dilanggar seorang makcik. ni peringatan kali kedua. lain kali aku cuba sedaya upaya untuk solat sebelum tidur. bukankah Allah memilih orang yang diberiNya petunjuk~

Alhamdulillah

September 11, 2011

ikhlaskan hati

ingat lagi masa mengadu kat ud yang kak ija nak pinjam kereta. ye la siapa tak sayang kereta kan. nak bagi orang pinjam lama pulak tu satu minggu. memang berat hati. macam- macam aku fikir. rosak tak kotor tak. kak ija ada dua anak lelaki. nanti disepahkannya kereta aku tu

bila sampai je di sibu. kak ija datang sekali nak hantar kereta. tak sempat nak tengok keadaan noh terus masuk dalam sebab kereta belakang dah hon. teksi-yang-tak-sabar-macam-bapak-dia-punya-jalan-da to be exact. mula- mula ada bunyi pelik kat dashboard. aku tahan lagi. nak tanya ramai pulak dalam kereta. nanti orang cakap aku poyo

sampai rumah terus tawaf kereta 3 kali. keadaan luar ok. dalam pulak. alamak ada kesan makanan tumpah. TT___TT

sedih

jumaat lepas kak ija ajak gi rumah ada open house. sambil makan kak ija cakap tahun ni buat pertama kalinya dia dapat beraya di dua kampung sekali. kuching dan igan. dia betul terima kasih sebab pinjamkan kereta. aku rasa macam orang bodoh. selalu bersangka buruk. malu sangat

padahal ud dah cakap cuba ikhlaskan hati

aku pernah cakap kat farez kalau kita selalu tolong orang. Allah pasti akan tolong kita. tapi aku yang lupa. terima Allah kerana memperingatkan saya

September 8, 2011

cakap tak serupa bikin

menyampahkan. aish nak buat macam mana. bukan semua manusia itu sempurna. aku pon mungkin kadang- kadang bersikap luar kawal macam tu jugak. tapi aku bukan nak cakap. nak mengata cuma nak luahkan apa yang aku rasa

ada seorang hamba Allah ni cerita pasal saudara belah suami almaklumlah baru kahwin kan. first time pulak raya sama- sama. for surelah banyak cerita. tapi ni cerita tak bestlah kan. menurut beliau adalah seorang saudara dia ni yang sangatlah malas. bla bla basuh pinggan pon tak ikhlas

lepas dua hari suatu malam tu kami makan sama- sama. oleh kerana aku ni muda beberapa tahun. kononnya nak tunjuk hormat aku pon cakap lah "takpelah kak nanti esok saya basuh semua pinggan- pinggan tu". esok bila bangun betul weh dia tinggal semua pinggan tu. hari tu beriya cakap saudara dia macam tu macam ni. dia pon sama weh

nauzubillah

sepanjang aku hidup 25 tahun ni. memang macam- macam jenis perempuan aku jumpa. ada yang muka gila cantik tapi pengotor nak mampus. sampai berak pon kadang- kadang tak flush. minum pulak teh orang kampung bersepah tah* kat lantai. geliiiiiiiiiii

ada yang selekeh tapi sebenarnya sangat pembersih dan kemas. aku kesian kalau lelaki yang dapat perempuan jenis yang pertama tu. aku? aku tak de pembersih sangat tapi taklah pengotor pon. retilah jugak nak basuh jamban. kemas bilik tidur. basuh pinggan

after all kita ni cuma manusia biasa- biasa tapi perkara basic macam jaga kebersihan tu wajib kena tahu. wajib! pandai buang pandailah bersihkan. jom sama- sama berusaha jadi manusia yang lebih baik

September 7, 2011

a week after raya

sigh~ awal- awal dah mengeluh. aku tak sabar nak habiskan sekolah ni. tolonglah lagi 2 bulan je lagi. budak- budak tak yah cakaplah. penuh bertenaga. penat dibuatnya. kuih raya banyak kemain lagi aku bawak. makan tak la beriya pon. ingat nak bawak gi sekolah. kesian goh dah tanya pasal kuih raya

hari tu masa majlis pikah tengok aina buat quiling. cantik. amie mintak aku buatkan untuk majlis dia nanti. weh lah. complicated jugak tu. tapi nampak cambest nak cuba la nanti. dah lama tak buat craft yang macam tu. tangan pon dah keras kot

petang ni nak masukkan markah budak- budak. ada banyak pulak pembetulan. dah la sekarang jadi guru kelas. banyak pulak kerjanya. malas betullah. tapi next jumaat cuti. yeay! aku benci kelas hari jumaat

cakap pasal benci semalam aku buang buku hillary dan immanuel kat luar. halau dari kelas. dalam kelas main je. buat sakit hati aku. bila jeremy tanya "cikgu mana diorang?" aku cakap "pergi mam***" punyalah sakit hatikan. jeremy cakap tak baik cakap macam tu. memang tak baik tapi tengoklah apa kawan dia buat kat aku. hillary banyak kali pon cakap aku ci*** celak*

budak- budak ni macam- macam. diorang ingat aku siapa. ni true colors aku dah terserlah. diorg ingat aku ni baik sangat sopan santun sangat ke. siaplah korang lepas ni!

September 1, 2011

August 25, 2011

berat badan vs balik kampung

sah- sah raya ni ramai kawan- kawan sahabat handai yang akan kahwin. time ni la semua nak jumpa. almaklumlah semua busy aku pulak diperantauan. what concern me the most is berat badan. orang lain puasa makin kurus aku pulak makin gumek weh!

gile scary nak jumpa kawan- kawan yang jadikan herbalife as their new teman sehidup semati. berani betul singkirkan posisi aku. aku sungguh tak mampu. tak percaya sebenarnya. of course la semua akan cakap berat badan akan turun. memanglah turun kalau setiap hari minum air je. kalau tak makan produk apa- apa pon boleh kurus

aku tahu kesihatan ni priceless tapi secara logiknya kalau setiap hari minum je tanpa perlu makan automatik jadi kurus. kalau akulah yang buat macam tu dah kira membunuh diri tu. dengan tekanan yang aku dapat makanan adalah jalan penyelesaian

tambah- tambah aku peot sekarang. kalau kita puasa memang takkan rasa lapar sangat. sebab otak dah set. ni kalau sebenarnya kita memang tak puasa mulalah rasa lapar yang menghakis dinding perut. tenaga pon tak banyak keluar sebab sekarang budak- budak exam. aku duduk je. tak pon berdiri je. mana tak gumek

aku memang cuak nak balik kali ni. should i stop eating during daylight? tadi timbang berat dah naik balik. sia- sia usaha selama ni. usaha apa ek fathiah? makan non stop adalah. tehe

member sekampung dah balik malam ni. dah sampai kuala lumpur pon. dengki weh. tak sabar nak balik tapi takut nak balik. gigi aku belum tampal lagi ni. nanti ada pulak yang beraya dengan gigi yang pecah. dah la gigi depan. harap- harap klinik gigi masih buka sabtu ni. jangan tutup dulu saya nak bagi duit raya ni

esok kak emy balik. bawa balik broadband ni sekali. so maybe malam ni malam terakhir sebelum hari raya. kat rumah mungkin takkan post apa- apa. busy der kan raya ni. berangan sangat kiah. paper psk form 1 masih belum habis semak. esok akan dapat 2 kelas lagi untuk subjek moral. insyaallah sebelum jumaat sempat semak semua. tolonglah nak balik dengan hati bebas merdeka riang ria di hari raya

semoga raya tahun akan bagi sejuta

keberkatan
kemaafan
kasih sayang
keikhlasan
pengajaran
kekuatan

amin

selamat hari raya
maaf zahir & batin

August 23, 2011

jawapan bagi soalan

suatu ketika pernah seorang teman bertanya

'awak suka saya?'

begitu saya naif waktu itu. tanpa fikir panjang saya jawab

'tidak. saya tidak layak untuk kamu'

walaupun 4 tahun berlalu namun soalan itu masih berpusing- pusing didalam hati dan jiwa. begitu saya ingin bagi tahu kamu jawapan sebenarnya

'demi Allah saya tak pernah sukakan orang lain seperti saya sukakan kamu. dan tak terfikir oleh saya teman hidup saya selain daripada kamu'

tapi saya malu mahu nyatakan itu kerana ilmu saya tak setinggi kamu. sehebat kamu. mana mungkin saya layak buat kamu. mungkin keadaan seperti itu berlaku kerana saya memang bukan jodoh kamu

saya pohon pada Tuhan jauhkanlah kamu dari hati saya jika benar saya ini bukanlah tulang rusuk kepunyaan kamu

usia yang meningkat ini saya sedar ini waktu yang sesuai untuk kamu memilih suri hidup. saya tak faham dan tak tahu kenapa saya jadi takut untuk hadapi saat bahagia kamu. seolah saya tidak mahu tahu. saya minta tolong jangan bagitahu

itu adalah jawapan sebenar saya

sekian

August 21, 2011

musafir di aidilfitri

walaupun puasa kali ni paling sedih. paling hiba. paling sukar. namun puasa kali ni paling bermakna. aku rasa puasa kali ni sangat banyak mengajar aku apa itu sabar. apa itu bertahan dan terus kuat

roh pulak minit terakhir baru cakap nak kek lapis. mana nak cari lagi. semua dah tak nak terima tempahan. mak pon sama tiba- tiba bagitahu nak kek lapis. aku pulak sengal sampai tak beli langsung. kalau kat unimas dulu beratus habis untuk kek lapis sahaja

semalam tidur rumah azie. tengok spy myung wol sampai jam 2 kot. hensem betul eric tu. mata dia cantik sangat macam mata kita- kita orang melayu. tak sepet. tengok cerita tu sebab dia je. memang aku tahu shinhwa dari zaman sekolah lagi. tapi tak sangka pulak eric ni ketua shinhwa. memang hensem. rasa berdosa je bulan puasa macam ni dok tengok lelaki macam tu

on the way balik dengar lagu raya 'cahaya di aidilfitri'. baru rasa macam nak raya. sedih pon ada jugak. tapi dah nak balik. aishh tak sabar nye

esok bermula minggu lebih mencabar. exam week. jaga budak- budak exam lebih sukar dari berebut naik komuter dari kl sentral ke mid valley. mood sekarang tak berapa nak stabil. dah la frust tak dapat 10 malam terakhir. aku kecewa!

tapi alhamdulillah dapat sembahyang raya tahun ni. dan tahun ni jugak raya ke dua tanpa tok. aku tak tahu kenapa aku selalu teringatkan tok. aku rindu tok. mungkin sebab tok yang besarkan aku. ya Allah sampaikan salam rinduku pada tok. khabarkan padanya aku begitu rindu akan tok