September 28, 2012

September 26, 2012

what a week!

frederick: cikgu boleh saya ke tandas?
cikgu: tak boleh [atas sebab- sebab tertentu]
samuel: cikgu! apa faktor?!
cikgu: apa sebablah! [ilmiah betul]

kredit kepada cikgu bm 2A8

2A8 memang chaotic. last week setiap hari masuk kelas marah- marah. saja gertak sebenarnya. suka sangat menyembang kat belakang. sampai hari ini semua duduk tempat masing- masing. good boy!

 2A4 kelas budak biadap. dahlah tak bawa buku. terpaksa aku halau keluar. tapi boleh pulak tunjuk f**k kat aku. berani betul. dah bosa hidup agaknya. sumpah aku tak halal satu perkataan pun ilmu. sampai mati orang akan pandang rendah kat kau!

walaupun 2A8 kurang pandai tapi tak sebiadap kau. fyi kau dengan 2A8 sama saja. kurang pandai. jangan perasan diri tu bagus sangat







September 15, 2012

ratu komplen

cikgu: nanti nak bagitahu cikgu judy
jong: cikgu memang ratu komplen
cikgu: memanggggg

aku akan gunakan title itu sebaiknya. salahkah kalau aku bagitahu guru kelas. tak kan nak biar nak tengok saja budak- budak ni buat salah. lagipun aku nak budak- budak tahu di mana kedudukan dia dan dengan siapa dia bercakap

sekarang barulah rasa happy masuk 2A1. budak pemalas tu dah kena halau ke belakang. tapi bahana jugak bila si jong ni duduk depan meja cikgu. punyalah banyak soalan. cikgu pulak layan je budak ajak sembang. sampai loceng bunyi pon tak sedar. sigh~

tadi sampai- sampai nampak budak- budak 1A7 belajar sama- sama dengan ying ying [cikgu psk 1A7] dengan aku tak pernah pon macam tu. kami tak rapat langsung. aku tak pernah cakap- cakap dengan bobby atau chan liang wen atau anselm atau yang lain- lain. cuma edward saja. kenapa ek?

macam last year aku rapat dengan budak kelas. ka chan and the gang. siap boleh gaduh dengan tze jin. punyalah rapat. tahun ni sampai tak tegur langsung. tengok aku buat bodoh je. kalau ada batu belah dah lama aku masuk sana

let it be. aku bukan rugi apa- apa pon sebenarnya. lambat laun pon aku akan balik semenanjung jugak bukan selamanya kat sini kan [mungkin tahun ni aku garang sangat kot]

sebagai ketua panitia pendidikan moral aku serba salah nak bagi 2A7 dan 2A8 pada kak ija tahun depan. sebab kak ija memang akan ajar sejarah di 2A7. tak kan nak ajar 2 subjek untuk satu kelas. 2A7 pulak tu sek- sek jahak. patut ke aku tukar kelas aku dengan kak ija. aku amik 2A7 bagi kak ija 2A1 kan

aku tak pernah ajar 2A7. takut jugak. dengan 2A8 ni pon aku stress. tak dapat imagine 2A7 tahun depan macam mana. tapi tak sampai hatilah. kasihan kak ija 

TT_____TT

semoga keputusan aku betul sebab Allah pasti akan tolong aku

September 13, 2012

kalau dah hidup berjadual

memang tak banyak nak dikongsi nak diluah lagi. kelas macam biasa. kadang kadang hangin. kadang- kadang tenang. lately 2A8 pandai ambil hati. sedar tak sedar tak sampai 2 bulan lagi nak sekolah. silibus belambak lagi tak habis. insyaallah sempat

jam 6.15  subuh
jam 9.30  bangun dari tidur ---> gosok baju ---> tengok top chef (7) ---> mandi
jam 11.45 gerak ke sekolah
jam 12.45 mengamuk ---> menengking ---> mengadu domba ---> balik
jam 15.00 mandi ---> solat maghrib ---> tengok tv + online sampai mengantuk
jam 00.50 tidur

jadual yang sama. setiap hari. bosan!





insyaallah 3-7 november ni mak yah apik akan ke sibu. tapi tak tahu nak bawak jalan mana. sebab 5 atau 6 november dijadualkan untuk jaga spm di sekolah. stresss!! nervous jugak sebab ayah datang sini. boleh ke makan makanan kat sini dah la melayu minoriti



September 7, 2012

sorry dan terima kasih

memang nakal budak- budak ni. asal kena salin mula nak meradang. tapi bila bagi latihan tak nak buat pulak. memang saja nak suruh aku marah. tapi yang membezakan 2A8 dengan kelas lain ialah budak- budak tahu macam mana nak 'patahkan' kemarahan aku

walaupun kena berdiri lama bila bagi duduk tetap terima kasih. kalau 2A4 jangan harap. baling pulak buku atas meja. proteslah konon

sebenarnya bukan budak- budak ni tak nak buat tapi memang tahu. kelas yang ke 8 dari 9 kelas kot. terpaksalah ajar seorang demi seorang tapi yang buat jadi best ialah lepas bagitahu macam mana nak cari jawapan mesti mereka cakap terima kasih. lagi

kalau marah sikit. terus cakap sorry

macam sebelum ni. marah- marah samuel. cakap dia ni tak pernah nak dengar cakap cikgu. suruh duduk tempat sendiri pon tak nak bla bla bla. tiba- tiba 

samuel: cikgu~ sorry~


terima kasih Allah kerana bagi saya pelajar semacam ini. mungkin pemikirannya kurang namun hatinya baik. please guide them Allah

September 3, 2012

September 2, 2012

sebenarnya

terbaca satu blog yang tajuknya 'untung jadi cikgu'. dimana dia cuba untuk curahkan rasa cemburu yang membuak- buak dengan memberi pandangan yang macam sampah. aku cikgu dan aku juga manusia. antara perkara yang membuatkan kakak ini tidak puas hati ialah

gaji
memang aku sangat setuju gaji cikgu memang banyak. sekarang pon baru kerja dua tahun gaji aku hampir 4 ribu kurang lebih. tapi aku pernah cakap ini pada budak 'aku kerja sebab kamu [pelajar] bukan sebab duit'. Allah takkan tanya berapa banyak duit aku dapat tapi Allah tanya adakah aku dah jalankan tanggungjawab

cuti
fyi cikgu cuma ada 7 hari sahaja untuk cuti. 7 hari untuk 1 tahun. memang ada cuti sekolah yang banyak tapi kadang- kadang terpaksa ke sekolah ada perkhemahan. kursus dan sebagainya. kalau cikgu yang bertugas jauh macam aku nak kahwin sah- sah kena buat masa cuti sekolah tapi persiapan bila nak buat? cuti yang sebelum tu? cuti yang seminggu tu? cuti sekolah hanya untuk budak sekolah

multi-purpose
cikgu macam kerani masukkan markah. setuju. bukan setakat masukkan markah nak kena komen lagi. re-check lagi. buat analisis. sebelum exam kena buat sasaran pelajar. bukan satu website sahaja yang kena masukkan markah sekarang dah ada saps. pbs. macam nak terkeluar bijik mata masukkan markah. jangan lupa nak tanda kertas budak lagi satu hal

berniaga
apa salahnya kalau cikgu nak jual tudung ke kain ke tupperware ke. cikgu- cikgu mita duit modal dari kau ke? dia rasa seronok berniaga nak cari duit lebih salah ke? 

jangan sebab seorang cikgu terus buat tanggapan macam tu. masa dah berlalu zaman dah berubah. mak ayah orang ramai tak pernah faham perasaan cikgu. betapa susah nak jadi seorang pendidik. aku percaya setiap cikgu mesti pernah menangis kerana pelajarnya

betapa budak hari ini biadap langsung tiada budi bahasa. bukankah itu didikan ibu bapa? macam mana seorang ustazah nak ajar pelajar yang berusia 13 tahun untuk puasa kalau ibu bapa tak pernah nak didik anak- anaknya dari kecik. bukankah nak meletur buluh biar dari rebung

bila dah keras tak dapat nak diajar mulalah mak ayah nak salahkan cikgu. yang buruk semua dari cikgu. bila budak dapat straight As semua jasa mak ayah. mak ayah yang bagi didikan tapi stesen tv. surat khabar lupa yang cikgu juga turut bagi sumbangan

ingat kalau bukan sebab cikgu atau pendidik dengan nama apa sekalipun kamu tak akan jadi apa yang jadi hari ini. ingat jasa guru. baik buruk tetap seorang guru. daripada salahkan guru tolonglah bantu guru untuk bangunkan anak bangsa. jangan lepas batuk di tangga


August 28, 2012

after raya

mungkin raya tahun ini tak semeriah sebelumnya. tak tahu apa yang kurang. mungkin sebab budak- budak tak datang ke rumah. awal- awal lagi dah pangkah sebab tahun lepas cuma bagi seringgit untuk duit raya

sebelum raya

bergelimpangan dengan kertas jawapan budak- budak. macam nak terkeluar bijik mata tanda satu- satu. alhamdulillh semua selesai sebelum berangkat ke kampung. flight jam 9 ke terengganu esoknya jam 8. tidur di surau sampai tertendang kepala orang

dijemput ayah dan apik di terengganu. terus ke pasar kedai payang beli barang masak untuk hari raya. yang sedihnya semua yang nak makan semua tak dapat. nasi dagang dan pulut kuning [nasi kunyit]. mood ayah sangat baik masa tu mungkin sebab anak kesayangan balik [koya!]

time raya


tahun ni buat pertama kalinya kami sekeluarga keluar beraya. ke rumah adik arwah tok. raya kali ni memang banyak keluar. beraya dalam kereta. tv pon tak tengok. cuma ada malam tu pon banyak habiskan masa khatam family outing

azim balik raya kedua. dah besar. pandai menari pulak tu. comey gila. alhamdulillah la pulak dapat kerja jadi cikgu taska. cuma runsing mana nak cari pengasuh untuk azim

berpicnic di sekayu. best sangat. makan nasi lemak berendam dalam air sejuk. best in the world! nasib baik kali seluar tak koyak. tapi sedih sebab tak dapat gi tunang nini padahal rumah nini dekat gila dengan simpang sekayu tu

lepas raya

mula pack barang. masing- masing pulang ke tempat sepatutnya. sedih sangat. memang tak cukup. kalau boleh nak raya sebulan. malas nak fikir pasal budak. soalan exam. kursus. pbs. pening

-----------------------

aku tak faham dengan mr jong ni. kenapalah asal ada budak baru pindah je mesti masuk kelas aku. kenapa? serius malas nak uruskan. cukuplah dengan lim sing hwa tu. tu pon dah memenatkan. geram betullah!

kami sepakat nak buat open house. masalah palong besar ialah ketiadaan tukang masak. stress! azie kena camping pulak time- time genting macam ni. harap- harap open house kali ni berjaya. iinsyaallah. aminnnn

August 12, 2012

dah tak lama

tinggal beberapa hari lagi berpuasa. dah mula rindu. sedih pon ada. puasa kali ni memang best sebab most of the time kitorang masak almost everyday. baru sekali beli lauk tu pon teringin sangat lauk daging hitam. puasa kali jugak kitorang banyak buat kuih. tapi tak sempat nak berfoto bagai. next ramadhan insyaallah

nak balik kampung! tak tahan lagi. walaupun tahun ni susah  nak dengar lagu raya kalau ke pasar raya baru dapat dengar. sebab kat sini hot.fm ke era.fm ke belum sampai lagi. sedih kan?



ramadhan jangan pergi. takut nanti tak sempat jumpa lagi. aku lahir bulan ramadhan harap mati nanti pon bulan ramadhan. amin

tapi masih banyak yang perkara yang nak dibuat diselesaikan. harap- harap sempat. kalau nak bahagiakan dan senangkan hati semua orang dapat ke?

August 6, 2012

perak dan empati

kalah lagi. tapi tiada siapa nak disalahkan. dah cuba. lee chong wei tetap hebat di hati setiap rakyat. you are the true winner! 

the skills win you medal but attitude wins hearts

serius aku sedih. seakaan aku dapat rasa apa yang dia rasa. betapa dia mahukan emas untuk olimpik terakhirnya. 28 juta rakyat malaysia turut dukacita

namun lin dan bukan calang- calang. mungkin kali ini yang terakhir? 

paling sedih bila lee chong wei masih menangis. terus menangis dan tetap menangis. why are you crying? no one blames you. no matter how bad. we are always with you!

the end

this is how we end our years of friendship. how sad. but i have to accept. walaupun aku tahu apa nak diminta itu mustahil aku akan dapat. at least aku cuba. kan?

faham. tersangat faham

enough pasal sahabat. cerita pasal puasa pulak. alhamdulillah sangat best walaupun sedikit penat sebab cuaca panas sangat. sampaikan malam- malam pun panas. insyaallah esok hujan. amin

student pon sangat membantu tetapi 2A4 & 2A8 memang tak lah kan! kenapa kelas tu jadi macam tu. dahlah kelas sejarah. keluar dari kelas- kelas tu rasa macam baru lepas berperang. penat amat!

July 29, 2012

maaf dan dendam

kemaafan adalah dendam yang terindah

minggu lepas agak kepenatan. minggu pertama di bulan ramadhan. hari jumaat energy jadi negative walaupun tak mengajar langsung. gaduh dengan kee chan. kee chan selalu cakap buruk pasal aku dalam bahasa yang aku tak faham tapi aku tahu

demi Allah. hati aku memang terguris. doa aku supaya apa yang dikata kembali kepadanya. kemaafan bukan mudah walaupun indah kerana sakit itu masih terasa

aku kecewa dengan mak. masih tak nampak masa depan aku. dan aku sangat takut. apa yang akan berlaku nanti. mak suka tabur janji palsu. mak tak mampu nak kotakan janji. mangsanya aku

aku sangat tertekan minggu ni. macam- macam yang berlaku. setiap malam menangis. namun seorang pun tak tahu hati aku sedih. cuma Allah yang tahu. Allah tempat aku mengadu. terima kasih Allah

setiap yang berlaku pasti ada hikmah. sesiapapun. bilamanapun. pasti dia lah yang terbaik untuk aku

July 25, 2012

4 ramadhan

harap dapat kurangkan tengok tv. banyak kan mengaji
harap dapat kurangkan maki. banyak kan puji

July 19, 2012

mak ke aku?

mak beriya nak aku kahwin. macam sebelum- sebelum ni. mak menabur janji pada kawan- kawannya sampai aku pon tak tahu anak kawan mak yang mana satu yang aku nak kahwin. sebelum ni mak cakap

  1. budak lelaki tu cuma ada stpm. tak sesuai. lagipun kerja buruh
  2. budak lelaki anak orang kaya. tak sekufu. lagipun kita orang miskin
baiklah kalau tu kata mak. sekarang lain pulak. lelaki yang mak nak jodohkan dengan aku ni cuma stpm tetapi anak orang kaya. tidakkah pelik tu. mula- mula aku rasa macam tak nak terima. tetapi memandangkan aku sungguh- sungguh kasihankan mak. so aku terima

bila fikir- fikir balik. ni masa depan aku. suami sampai syurga. boleh ke? macam- macam ada dalam fikiran aku. solat tak? mengaji tak? solat jumaat tak? puasa tak? kalau aku baik mesti aku dapat suami yang baik kan? malangnya aku tak

siapa tak nak kahwin dengan lelaki soleh tapi solehah ke aku? dengan pakaian aku. cara hidup aku. agama aku. aku rasa memang Allah takdirkan aku kahwin dengan lelaki tu. walaupun sebenarnya aku tunggu seseorang. tapi seseorang tu dah lupakan aku. buat pertama kali sepanjang persahabatan kami seseorang itu langsung tak wish birthday aku. mungkin aku dah dieliminated dari hidup seseorang itu

tahun ni first time aku pos hadiah buat seseorang itu. mungkin ini kali terakhir. kalaulah sekarang ini aku ada lelaki yang dicintai dan mencintai kan best. dah kenal hati budi. bersedia mental fizikal untuk sehidup semati. boleh ke nak habiskan sisa hidup dengan lelaki itu? 

aku selalu fikir negatif. malam tadi seolah 1000 syaitan hasut aku. sampai aku cakap tak nak. hati pon mati- mati tak nak. tapi bila bangun pagi tadi. tenang. seolah boleh terima kenyataan. kalau aku tolak lagi mungkin lagi 5 tahun baru ada calon lagi

aku tak layak untuk memilih. sebab aku manusia tak berkebolehan dan serba kekurangan. belajar untuk menerima. kita sendiri yang akan tentukan cara hidup kita walau dengan siapa pon kita bersama. lagipun Allah sentiasa ada. kenapa nak takut. yakin pada Allah yakin pada mak. doa yang terbaik

July 16, 2012

tahniah darling!










  
alhamdulillah majlis kahwin ud berjalan dengan lancar. walaupun macam- macam perkara berlaku beberapa hari sebelum. masa malam aku tiba di kuala lumpur cermin kereta ud pecah. terpaksa tunggu dari jam 12 sampai 2 pagi. tapi sempat lagi belasah burger daging special

keesokannya. terpaksa tunggu cermin kereta sebelum gerak ke melaka. azan asar kot baru gerak. cari mc untuk gg [ud's sister] kemudian ke shah alam kutip barang aiman [ud's brother]. jalan punyalah jam. apa yang best tentang jalan jam ialah kami berjaya siapkan bunga telur. dapat borak- borak sebelum ud jadi puan. karaoke lagu mahir zain plus nasyid- kahwin-related. sampai melaka jam 11.30 malam

sabtu jadi ejen ud kena cari buah plus kek plus coklat plus sarung kaki untuk pengantin. alhamdulillah semua berjaya dijumpai. singgah hantar barang sempat melahap durian berbiji- biji. sedap gila!

ahad ud nikah. 2 kali sebab mustafa cakap melayu tak clear. alhamdullah ud selamat menjadi istri kepada mustafa tekke. semoga menjadi istri dan ibu yang soleh. dah cop nak berbesan. jangan lupa tau!

lepas ni turn aku pulak. insyaallah. harap- harap ud dapat datang. aku pon nak buat macam ud. seringkas yang mungkin

satu perkara yang tak best. sangatlah annoying dengan mizah yang selalu cerita pasal nizam. betul kata tablo 'love is a sickness. love is so bad'