August 8, 2010

ahlan wasahlan

selamat berpuasa semua

lagi 3 hari nak puasa. sekejap je. last year puasa kat tanjung malim. g bazaar. rindu. dan tahun ni like i was said in previous entry aku akan selama sebulan berpuasa di bukit gasing ini. haha~

ok kat mana aku puasa pada tahun- tahun sebelum ni. i was there

99 - 03 (smspp)
form 1 sampai form 5. tapi aku tak ingat sebab puasa kadang- kadang awal tahun. akhir tahun. tengah tahun. tapi yang pasti aku spm pada bulan puasa. tak de rasa lapar ke. tertekan ke. tenang je. siang tak yah bazir masa nak makan. malam ada terawih lagi. rindu nak terawih sama- sama dengan schoolmate.

dan 1 lagi yang tak kan aku lupa. time buka puasa. oleh kerana mak ayah aku datang jarang- jarang je bulan puasa tak datang langsung. kawan- kawan aku mesti akan ajak aku makan dengan diorang. sweet hah? ingat lagi makan tok shid nye masak tempoyak. tu la kali pertama dan terakhirnya aku makan. sedap gile!!

petang- petang g bazaar. makanan kat kelantan memang la sangat sedap tapi paling tak tahan sebab malam tu mesti cirit birit. tu yang malas tu (-_-"

04 (kmpp)
kat matrik. aku ingat lagi muet bulan puasa. asal la exam susah- susah bulan puasa. berkat fathiah. beli makanan kat cafe laki. ingat lagi hari tu aku beli awal gile. jumpa mayo. die tanye "dop pose ke?"

sama jugak g bazaar. aku rasa roti john kat kepala batas la yang paling sedap. pasembur. ah! rindu weh~

dulu masa matrik makan tak hengat. orang penang ni pandai masak. sume pon sedap- sedap. tapi tak leh lupa chaw kuey teow perisa bulu hidung bak kata pia. sengal~

05-07 (unimas)
puasa paling tough mesti la kat sarawak. makanan diorang 2% je aku boleh makan. kami end up dengan masak sendiri. bukan kami pon. kak wani yang masak. aku tolong -tolong aje. tapi dalam banyak- banyak puasa. puasa kat sarawak paling best. sebab suasana tu sangat best. buka puasa dengan mizah. arina. mihah. kak wani. kak jue. ud adalah paling best

jam 3 pagi keluar g pasar. tujuan nak beli bahan nak masak sahur tapi kereta mati sikit lagi nak sampai unimas. nasib baik ada jerry. haha~

masa 2nd year repeat paper mathematic descrete. budak- budak fit ni memang sangat menyakitkan hati. nak sain kedatangan lama gile. bas dah la sampai 5.30 je. tak pasal- pasal aku balik jalan kaki ke bunga raya. jauh dowh. korang boleh la naik kereta. sampai kolej makanan sume dah habes. sedey je. nasib baik en johan tu hensem. gelenya~

08 (ergoworks)
saat- saat paling ngeri. kerja kat company ni. located in kajang. gile weh. kalau la aku lalai. leka. sambil lewa masa kat unimas. habes la. sehari kat ofis rasa macam tunggu turn hukuman gantung. dulu kita pernah dengar je. syiah. sunnah. wahabi. wahabi aku pernah jumpa masa kat unimas. ni syiah. dengar pon rasa macam extream.

aku ok kalau bos j tak cuba pengaruh staff dia untuk ikut jejak dia. jadi syiah. gile? dia paksa kak m. kak a. untuk hafal doa- doa tertentu. aku nampak. dia memang percaya kan Allah cuma dia menolak Nabi Muhammad. Saidina Abu Bakar. Umar dan Usman. bagi dia ahli sunnah ni sesat

benci nya orang syiah pada orang sunnah macam isreal benci palestine. aku tak kuat untuk terus berada kat tempat tu. masa tu aku terawih sendiri- sendiri saja. sebab bos j cakap. orang berterawih orang yang sesat. tu la puasa paling sedih T__T

09 (upsi)
Alhamdulillah. dapat rezeki jadi cikgu. best sangat puasa kat tanjung malim. petang- petang ada bazaar sebelah upsi. selalu g ngan farez. kadang- kadang mawa. beli sup daging saudagar. sedap nye. nyum. nyum

aku perasan puasa akan jadi best kalau kawan- kawan yang bersama kita tu best. kat upsi ada. ayu. naimaton. ucop. jojo. kak yana. kak wani. mawa. dll. lain bila berkawan ngan orang yang dewasa ni. banyak belajar~

kesah lame. nanti la cite


boikot la sangat

lama tak tengok. masih cantik~

dah seminggu. tetap adorable

No comments: