August 4, 2010

wes moore meets wes moore

[kes]ah 1

luluh hati bila:

berita utama siarkan seorang anak palestine menangis- nangis bile ayahnye ditangkap tentera israel laknatullah kerana dituduh mencuri air

dalam hati cakap "tentera israel ni hati batu ke? takde perasaan ke?"

tilawah al quran bila qari yang last tadi dipimpin. ingat uzur. rupa- rupanya cacat penglihatan. Subhanallah. sedangkan aku. lepas maghrib kadang- kadang cuma baca al mulk. sebab 30 ayat saja. pendek

dalam hati cakap "hatinya celik. 30 juzuk dalam tangan"

[kes]ah 2

biggest loser. betapa penting nya menjaga kesihatan. meh fathiah kita puasa awal sket. ramai do'oh kate aku gemuk
  • cik yah a.k.a jiran merangkap tukang jahit. mintak ukur balik sebab katenye aku makin berisi
  • pak leh a.k.a ayah's old friend. katenye dulu kecik je. sekarang beso
masalah aku cuma satu tapi sangat besar. hangat- hangat tahi ayam. usahanye sekejap je. lepas tu lantak lah

[kes]ah 3

tadi setel kan hal lesen. rupa- rupanya cikgu dah book 11hb. seriau je. boleh ke. harap dapat lulus salah satu dulu. litar atau jalan raya. isyaAllah. mudah- mudahan berkat 1 ramadhan

banyak kerja tertangguh. nak pos surat kat lee wan ting. tapi fon dah bagi kedai. tulis dulu baru mintak alamat. jangan risau cikgu tak lupa ma

[kes]ah 4

tadi dalam berita tunjuk yang cikgu dibelasah pelajar. aku pernah tengok peristiwa yang lebih kurang camtu masa praktikal hari tu. fifi. kenapa fifi boleh jadi macam tu. sebab ego seorang dewasa. ego. yang amat. sape lagi kalau bukan pengetua

perilaku remaja memang macam tu. cepat melenting. memberontak. mood swing. macam la cikgu- cikgu tak pernah remaja. kita tak tahu apa yang student lalui setiap hari. mak ayah memang tak amik peduli. tak nak belajar. sudah. datang sekolah. cikgu asyik label. cakap. awak ni budak jahat la. malas. bodoh. monyet. tak payah datang sekolah. habes budak nak g mana?

bergaul dengan orang entah pape. aku sangat setuju kalau orang cakap remaja hari ni jadi macam ni disebabkan oleh ketidakprihatinan ibu bapa

kalau pelajar tu cemerlang. orang akan cakap. ini adalah hasil usaha ibu bapa yang mementingkan pelajaran anak- anak. wah!

kalau anak tu jadi jahat. bodoh. liar. ni semua salah cikgu sebab tak pandai nak mengajar. senang bukan?

[kes]ah 5

written by wall street wes. nanti nak cari kat mph

hari ni dalam oprah kisah yang sangat interesting. nama yang sama. kampung yang sama. tapi jalan hidup yang sangat berbeza. wes moore dan wes moore

wes moore
seorang scholar rhodes belajar di uni of oxford. kerja kat wall street. sangat berjaya

wes moore
terlibat dalam kes rompakan dan pembunuhan. banduan. penjara seumur hidup

why these both wes are so different?

wall street wes cakap there's no answer. which sebenarnya ada. didikan. kesedaran. pentingnya pendidikan. ibu wall street west. sangat penting kan pelajaran. wes's grandparents terpaksa gadaikan rumah untuk hantar w.s. wes ke military school

tapi ibu prisoner wes. which according to her. die terlalu sibuk dengan kerja. dia biarkan anak- anak nya membesar on the street. they're poor. they need money. ibu prisoner wes bijak sebenarnya dia almost ke kolej

walau w.s. wes sangat berjaya dalam pekerjaan. ada family. duit tapi prisoner wes lebih kaya. tersangat kaya dan bahagia sebab dia peluk islam. Subhanallah. Alhamdulillah

setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmah nya. pasti

No comments: