January 9, 2011

kan best kalau pibg tu pib je

kan best kalau dapat kuasa macam cerita heroes tu. no ordinary family. perghhh memang best. kuasa pulak dapat cakap dalam semua bahasa kat dunia ni. best weh

tak payah pening kepala. cakap perlahan- lahan. slang macam cina muallaf

aku notice aku memang garang sangat. kasihan budak- budak. aku tahu diorang maki- maki aku kat belakang. aku dah jadi macam cikgu bm aku masa form 5. sebelum cikgu rozaidi amik alih. dan aku sangat benci keadaan macam tu

ingat aku tak fed up ke marah- marah. aku pon tak suka. tapi diorang ni. kalau aku baik naik kepala. 1A3 tu. diorang ok cuma. ah tak reti la nak cakap. mungkin lifestyle diorang macam tu. mak ayah tak amik tahu pasal anak- anak. kadang- kadang kita jadi kasar in order to survive sebab tu kita marah sikit diorang dah emo

maafkan cikgu. cikgu tak sengaja. cikgu sayang kamu semua lebih dari diri cikgu. betul!!

semalam ada mesyuarat PIBG. tapi sekejap je. kena gi awal pagi sebab kak emy jadi ajk protokol. lepas tu ada meeting lagi. mak aii. meeting ko-kurikulum. as i stay at the back. aku pon dengar tak dengar je. tapi pengetua memang best. semua pon sekejep. tak cakap banyak. glad to have him as pengetua

lepas meeting terus gi rumah kak zuliana. dia buat makan- makan untuk rumah baru dia. best kan dah ada rumah sendiri. aku ni tak tahu la bila. kumpul duit dulu. ganbatte ne~

No comments: