semalam mak call cuma untuk bagitahu bil celcom sampai lagi kali ni beserta surat lawyer. shit gile kot. aku dah bayar dulu dan bagitahu aku nak terminate. mamat kaunter tu siap cakap lagi "oh ni dah terminate". aku balik rumah dengan girang hati dan assume semua dah setel. sakit hati aku. aku akan bayar tapi aku tak halal sesen pon
aku tak sabar nak tunggu gaji. banyak nak kena bayar. kereta. skrol aku yang berhabuk kat upsi tu. kenalah amik sebab nak guna time interview esok- esok. tak dapat simpan banyak untuk asb bulan depan. duit oh duit
aku teringin nak duduk atas kerusi mengadap meja. gunting dan kertas colorful ditangan. mula sesi gunting dan tampal. buat kad. buatlah pape. hias bilik ke. hias board. ni dibiar je berhabuk. last- last aku yang selsema dan batuk. aku betul- betul- betul rindu time study dulu especially di unimas. what a chill place. tenang yang amat. kalau teringat boleh nangis kot
hah! nasib baik peter ok. senang kalau student macam tu. faham kenapa kita marah dia. cuak jugak sebab jumaat hari tu tak datang sekolah. ingat marah aku lagi. hari ni tangan lenguh gile. batuk- batuk lagi
tadi dapat berita cikgu william accident. terkejut aku. baru nak cari dia sebab nak tanya pasal lawatan ni. kena buat proposal la pulak. kos semua tu. weh tak reti la. nak cari bas. nak bawak budak- budak. capable ke aku? minggu ni aku dah start buat ulang kaji untuk kelas belakang- belakang. sebab diorang lambat sikit nak digest
hari sabtu lepas LDP best gile kot. jam 7.45 aku masih lagi duduk atas katil dan ragu- ragu nak gi sekolah. dan nasib baik aku gi. dapat belajar buat website. kasihan cikgu mok. cikgu- cikgu lain agak 'berusia' so bab- bab komputer ni lambat la sikit. tapi sangat fun. dan aku tak sabar nak buat [tak buat- buat lagi pon dah 2 hari kot fathiah] (-_-)"
tak sabar nak balik kampung. raudha dah belikan tiket balik terengganu 12hb. Alhamdulillah~
malam tu terpaksalah stay di lcct sambil mark kertas budak- budak
No comments:
Post a Comment