February 17, 2011

a heartbroken teacher

seingat aku tak pernah aku senyum sebelum ke sekolah. lebih tepat di dalam kereta. masam je. betapa aku malas untuk ke sekolah. tak pernah sehari pon aku rasa teruja. tak pernah

sejak akhir- akhir ni balik sekolah mesti nak nangis. entah apa aku buat kat budak- budak ni. rasa bersalah. geram. sakit hati. kecewa. semua ada. aku tahu aku bukanlah cikgu yang baik. dan kadang- kadang tindakan aku melampau. aku minta maaf

tapi sikit pon dalam hati aku tiada perasaan benci walaupun kami bukan sebangsa seagama. aku terima mereka seadanya. aku kasih mereka sama rata. aku mahu mereka berjaya. ubah nasib. ubah kehidupan mereka

aku sedih. kalau boleh aku tak mahu lagi pegang tanggungjawab ini. aku tak mampu. sampai saat ini aku masih ragu- ragu. boleh kah aku bertahan? mana dapat aku cari kekuatan?

aku marah sebab aku sayang. kalau aku benci aku biarkan saja. biar bodoh sampai mati. tapi budak- budak tak pernah faham. katanya aku kejam. biarkan. biar masa yang tentukan. bila saat mereka matang

1A9 & 1A7
semua pandai- pandai. tenang hati bila masuk kelas. ada interaksi dua hala. aku suka. boleh cerita- cerita. lagi- lagi pasal sekolah aku. diorang mesti kagum

1A6
cikgu sayang kamu semua. tapi ada yang pilih untuk malas belajar. apa daya cikgu

1A3
peter oh peter. kan dah kena marah. aku ajar kau tak nak dengar. aku pantang betul dengan orang malas macam kau ni. membekal kau eja memekal. aku ajar kau kecoh nak balik. tu la datang sekolah jarang- jarang. jacky, kelvin, panther, ng, kian bin senang sebab diorang dah tahu perangai aku. aku akan marah kalau kau buat aku marah. kalau kau elok- elok aku takkan marah. kau percayalah

2A2
kelas paling ramai pengawas tapi sesen pon tak guna. semua pandai- pandai. lebih 'pandai' daripada cikgu. kadang- kadang rasa macam nak lempang je sorang- sorang. bila aku bercakap. diorang mesti akan cakap sesama sendiri dalam bahasa cina. mentang- mentanglah aku tak faham. tak pa tunggu saja apa aku buat nanti

2A3
hah! john ling. lelaki paling bodoh yang pernah aku jumpa. kau mengadu ye. berani kau. kau bising dalam kelas tak de pulak nak cakap. salah aku je la kau tahu. tunggu la minggu depan. baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. nasib baik kevin dah ok. ada minat nak belajar. zachary pon sama. kalau takde john ling aman dunia kot

2A5
antara kelas tough. walaupun hanya 25 orang rasa macam 80 orang. susah nak control. kena gunakan kekerasan baru nak diam. simon, chong choon dah ok sikit cuma vincent rasa macam nak gunting je mulut dia. buat kelas tu macam rumah dia. geram gile. dah 3 kali aku tulis nama tapi belum lagi bagi pada pk petang. esok. yes pasti!

2A6
bising. tapi kalau aku marah terus diam. tanpa protes atau mengumpat aku. kamu tahu betapa saya rasa bersalah. tapi kalau saya tak buat macam tu kamu akan terus bising. terima kasih sebab faham. kamu lagi bagus daripada 2A2 & 2A3. biarlah kita tak pandai sangat asal tak kurang ajar

2A9
kelas sendiri. nak marah pon tak boleh. lagipon budak- budak pasif. cikgu paling sayang kamu!

wahai budak- budak. ingatlah cikgu marah- marah kamu sebab cikgu sayangkan kamu. luluh hati cikgu tengok kamu tak tahu membaca. apa itu judi. apa itu bla bla bla. cikgu cuma mahu kamu pandai dan tahu hormat orang. itu saja

No comments: