July 22, 2011

getting better



alhamdulillah. syukur tak terhingga pada Allah. atas segala rahmat dan belas. 7 bulan. perlu 7 bulan untuk sesuaikan diri. untuk menyayangi dan disayangi. untuk menghormati dan dihormati. bahagia? belum tapi puas hati

memang manusia ini sering bermasalah. namun setiap penyelesaian beri kita sebuah kekuatan. dan pengajaran. doa dan doa dan doa dan doa. itu saja. aku juga bukan sempurna. punya sifat negatif. kekadang aku marah. sebab aku sayang

bukan semua manusia sempurna. anak- anak begitu juga. punya angin yang tak dapat aku duga. sabar itu kuncinya. hidup aku hanya kerana mereka. merekalah beban merekalah tanggungjawab merekalah suka merekalah duka. sampai bila- bila

hari ni penuh kesukaran. aku tahu. aku faham. betapa susah nak mendidik. menjadikan yang kurang ajar cukup ajarannya. tak mudah. namun perlu kuat. positif dan doa

hari ini hari penuh keberkatan. kenapa aku benci cuma kerana anak- anak hari ini tidak mahu mendengar tidak mahu melihat. bukankah aku sendiri bersikap lemah

No comments: