July 27, 2011

surat untuk bront

salam

beat tv. saya tahu beat tv akan tukar pengacara masa terbaca dalam surat khabar 'pancaindera' masa tu saya tingkatan 5 kira- kira 8 tahun yang lepas. dalam surat khabar tu ada gambar bront dengan dynaz. tapi kecik sangat. tak nampak pon muka. dalam artikel tu jugak bagitahu yang bront ni banyak kacukan. saya jadi wonder macam mana rupa bront ni. oleh kerana saya ni tinggal di asrama kena tunggu cuti sekolah baru balik kampung dan tengok tv

first time saya tengok bront memang terus jatuh suka. bront memang cool. interview orang pakai seluar pendek dengan t shirt je. gile cool

lepas spm dapatlah bersenang- senang kat rumah sambil tengok tv. saya memang suka gile tengok beat tv. sampaikan ulangan saya tengok. kalau main kat tv 'kecik' yang tepi- tepi ada orang chatting tu pon saya tengok. mak saya. adik saya cakap saya gile. memang gile kan bront

sampailah suatu hari ada sein dengan sazzy di beat tv. saya dah agak. mesti nak tukar pengacara. saya sedih gile. nangis- nangis sampai saya tidur. adik saya cakap saya gile. lagi

tapi nasib baik tak lama lepas tu saya dapat ke matrikulasi. so tak dapat tengok tv lagi. memang lepas tukar pengacara saya langsung tak tengok beat tv. tak caye? tanya adik saya. masa matrikulasi tu jugak adik saya cakap beat tv tukar pengacara lagi. awal ashaari ganti. tak pe la tak penting. bukan bront pon

dan masa di matrikulasi jugak saya pernah emel ke beat tv untuk tanya biodata bront. lagi best bila beat tv reply emel tu. dalam tu bagitahu nama sebenar nasrul suhaimi. saiz kasut. asal penang. banyak jugak tapi saya lupa. tak jumpa lagi emel tu

masa first year di universiti saya tak balik kampung masa raya sebab exam betul- betul beberapa hari lepas raya. adik saya cakap 'weh beat tv ada reunion!'. memang rasa menyesal tak balik. kecewa sedih semua ada. lepas raya adik saya call bagitahu 'weh bront tak de dia gi belajar'. nasib baik. rasa terubat luka di hati

second year saya rasa saya ternampak bront dengan 'nang nak' kat klcc. rupanya dia datang untuk sumolah. bront jadi translator. tapi nampak dari kejauhan je

masa yang berlalu pantas. sekarang semua orang kenal bront. bangga sangat. rasa macam mak- mak pulak. ye la lelaki kecintaan saya. tahniah atas semua kejayaan yang dimiliki. jangan lupa berterima kasih kepada yang memberi segala kebolehan dan bakat yang ada. Allah yang Esa. saya cuma harap bront akan terus berseni dan berseni dan berseni

jangan lupa solat. terima kasih pada Allah. itu yang utama. Allah boleh bagi dan tarik balik bila- bila masa apa yang diberi. jangan sampai kita tergolong dalam golongan orang yang rugi. mungkin kita tak akan pernah berjumpa lagi tapi kita akan sentiasa doakan antara satu sama lain kan?

salam

No comments: