February 23, 2011

loooong rest

bangun dari tidur terus mandi tanpa fikir panjang. sambar kunci kereta sepantas kilat cari klinik. pusing punya pusing satu klinik pon aku tak jumpa. dari bulatan poliklinik sampai ke batu lima sampai ke sekolah aku sampai ke delta mall. barulah nampak batang hidung klinik. park laju- laju terus masuk

doktor muda lagi. banyak duit dia ek. blood pressure ok. tak demam. cuma batuk plus selsema. mungkis sebab kasihankan aku yang tengah tahan kahak ni doktor pon bagi aku mc 2 hari. 2 hari beb. call pk petang bagitahu mc tapi 1 hari je dia approve. kata pk petang "perluke 2 hari cuti?"

baik. saya datang sekolah esok. basuh baju. masak. makan. dang! terus tidur. bangun- bangun dah jam 2 petang. solat sambung tidur balik bangun jam 5.30 petang. capai tuala dan mandi. solat. lagi. kepala aku sakit gile kot. since malam tadi. macam otak aku mengecut je. perit

hari ni aku sangat puas hati dapat mc. tidur 1 hari kot. bahagia- sebahagianya. esok tak sabar nak gi sekolah. kasihan cikgu yang seat-in aku. dah la aku ada masa terakhir. sorry

tapi nasib baik jugak tak datang sekolah sebab aku kena bertugas hari ni. assembly pon takde means kelas akan jadi 35 minit. mana larat nak masuk 2A2 lepas tu 2A3. nasib baik betul la

ubat batuk paling pahit pernah aku makan. tak tahan. dahla mengantuk gile. takpe yang pahit tu la penawar ye tak. aku teringin nak makan roti canai. ingat esok nak amik pos laju terus gi tapau roti canai. cambest tak?

p/s: menyampah betul bila orang ingat nama aku fatimah (semua ubat dia tulis fatimah). fathiah la weh

February 21, 2011

bulan mac bulan berjimat cermat

semalam mak call cuma untuk bagitahu bil celcom sampai lagi kali ni beserta surat lawyer. shit gile kot. aku dah bayar dulu dan bagitahu aku nak terminate. mamat kaunter tu siap cakap lagi "oh ni dah terminate". aku balik rumah dengan girang hati dan assume semua dah setel. sakit hati aku. aku akan bayar tapi aku tak halal sesen pon

aku tak sabar nak tunggu gaji. banyak nak kena bayar. kereta. skrol aku yang berhabuk kat upsi tu. kenalah amik sebab nak guna time interview esok- esok. tak dapat simpan banyak untuk asb bulan depan. duit oh duit

aku teringin nak duduk atas kerusi mengadap meja. gunting dan kertas colorful ditangan. mula sesi gunting dan tampal. buat kad. buatlah pape. hias bilik ke. hias board. ni dibiar je berhabuk. last- last aku yang selsema dan batuk. aku betul- betul- betul rindu time study dulu especially di unimas. what a chill place. tenang yang amat. kalau teringat boleh nangis kot

hah! nasib baik peter ok. senang kalau student macam tu. faham kenapa kita marah dia. cuak jugak sebab jumaat hari tu tak datang sekolah. ingat marah aku lagi. hari ni tangan lenguh gile. batuk- batuk lagi

tadi dapat berita cikgu william accident. terkejut aku. baru nak cari dia sebab nak tanya pasal lawatan ni. kena buat proposal la pulak. kos semua tu. weh tak reti la. nak cari bas. nak bawak budak- budak. capable ke aku? minggu ni aku dah start buat ulang kaji untuk kelas belakang- belakang. sebab diorang lambat sikit nak digest

hari sabtu lepas LDP best gile kot. jam 7.45 aku masih lagi duduk atas katil dan ragu- ragu nak gi sekolah. dan nasib baik aku gi. dapat belajar buat website. kasihan cikgu mok. cikgu- cikgu lain agak 'berusia' so bab- bab komputer ni lambat la sikit. tapi sangat fun. dan aku tak sabar nak buat [tak buat- buat lagi pon dah 2 hari kot fathiah] (-_-)"

tak sabar nak balik kampung. raudha dah belikan tiket balik terengganu 12hb. Alhamdulillah~
malam tu terpaksalah stay di lcct sambil mark kertas budak- budak

positive energy please!


too lazy to face tomorrow

February 17, 2011

a heartbroken teacher

seingat aku tak pernah aku senyum sebelum ke sekolah. lebih tepat di dalam kereta. masam je. betapa aku malas untuk ke sekolah. tak pernah sehari pon aku rasa teruja. tak pernah

sejak akhir- akhir ni balik sekolah mesti nak nangis. entah apa aku buat kat budak- budak ni. rasa bersalah. geram. sakit hati. kecewa. semua ada. aku tahu aku bukanlah cikgu yang baik. dan kadang- kadang tindakan aku melampau. aku minta maaf

tapi sikit pon dalam hati aku tiada perasaan benci walaupun kami bukan sebangsa seagama. aku terima mereka seadanya. aku kasih mereka sama rata. aku mahu mereka berjaya. ubah nasib. ubah kehidupan mereka

aku sedih. kalau boleh aku tak mahu lagi pegang tanggungjawab ini. aku tak mampu. sampai saat ini aku masih ragu- ragu. boleh kah aku bertahan? mana dapat aku cari kekuatan?

aku marah sebab aku sayang. kalau aku benci aku biarkan saja. biar bodoh sampai mati. tapi budak- budak tak pernah faham. katanya aku kejam. biarkan. biar masa yang tentukan. bila saat mereka matang

1A9 & 1A7
semua pandai- pandai. tenang hati bila masuk kelas. ada interaksi dua hala. aku suka. boleh cerita- cerita. lagi- lagi pasal sekolah aku. diorang mesti kagum

1A6
cikgu sayang kamu semua. tapi ada yang pilih untuk malas belajar. apa daya cikgu

1A3
peter oh peter. kan dah kena marah. aku ajar kau tak nak dengar. aku pantang betul dengan orang malas macam kau ni. membekal kau eja memekal. aku ajar kau kecoh nak balik. tu la datang sekolah jarang- jarang. jacky, kelvin, panther, ng, kian bin senang sebab diorang dah tahu perangai aku. aku akan marah kalau kau buat aku marah. kalau kau elok- elok aku takkan marah. kau percayalah

2A2
kelas paling ramai pengawas tapi sesen pon tak guna. semua pandai- pandai. lebih 'pandai' daripada cikgu. kadang- kadang rasa macam nak lempang je sorang- sorang. bila aku bercakap. diorang mesti akan cakap sesama sendiri dalam bahasa cina. mentang- mentanglah aku tak faham. tak pa tunggu saja apa aku buat nanti

2A3
hah! john ling. lelaki paling bodoh yang pernah aku jumpa. kau mengadu ye. berani kau. kau bising dalam kelas tak de pulak nak cakap. salah aku je la kau tahu. tunggu la minggu depan. baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. nasib baik kevin dah ok. ada minat nak belajar. zachary pon sama. kalau takde john ling aman dunia kot

2A5
antara kelas tough. walaupun hanya 25 orang rasa macam 80 orang. susah nak control. kena gunakan kekerasan baru nak diam. simon, chong choon dah ok sikit cuma vincent rasa macam nak gunting je mulut dia. buat kelas tu macam rumah dia. geram gile. dah 3 kali aku tulis nama tapi belum lagi bagi pada pk petang. esok. yes pasti!

2A6
bising. tapi kalau aku marah terus diam. tanpa protes atau mengumpat aku. kamu tahu betapa saya rasa bersalah. tapi kalau saya tak buat macam tu kamu akan terus bising. terima kasih sebab faham. kamu lagi bagus daripada 2A2 & 2A3. biarlah kita tak pandai sangat asal tak kurang ajar

2A9
kelas sendiri. nak marah pon tak boleh. lagipon budak- budak pasif. cikgu paling sayang kamu!

wahai budak- budak. ingatlah cikgu marah- marah kamu sebab cikgu sayangkan kamu. luluh hati cikgu tengok kamu tak tahu membaca. apa itu judi. apa itu bla bla bla. cikgu cuma mahu kamu pandai dan tahu hormat orang. itu saja

February 13, 2011

no reply

cantik bukan?

Subhanallah

rumah jiran yang suka main mercun

love the skies so very much


tertekan dengan students. serius
tapi
esok cuti maulidur rasul
patutlah bulan cantik sangat
rupanya sudah 12 rabiulawal
tenangkanlah hati kami ya Allah


-------------


hope is the thing with feathers
that perches in the soul
and sings the tune without the words
and never stops at all
[Emily Dickinson]

February 12, 2011

bila ayah tetiba beriya nak datang sibu

mak call. soh tengokkan flight ticket july. murah! tapi july. aku keje pon. ingat nak bawak mak ayah datang hujung tahun. alang- alang aku kena jaga spm kan. lepastu boleh balik sama- sama. kalau cuti seminggu sekalipon aku tetap nak balik

tiket raya belum beli lagi ni. tunggu kredit kad tapi belum diluluskan lagi. ayah cakap masih dalam siasatan. sebulan kot. tiket tengah murah kot sekarang. kalau tak beli bila lagi ek. tapi aku dah pakai banyak duit hari tu. mana nak korek lagi

lupa nak cite. side mirror. pecah. jahanam. terlanggar tiang rumah. kesian noh. mesti sakit. dah la aku tak jaga betul- betul aku patahkan lagi telinga dia. 'patah telinga'? pelik je. haha

tanya kak yan. kak yan cakap sebelah rm 400. mahal kot. takde la rosak sangat. cermin boleh gerak- gerak lagi. cuma cover lampu tu pecah. pastu macam tertanggal sikit. tak cantik la. tapi biasala kereta baru memang macam tu. kena rasa jugak. tapi nasib baik side mirror je. je??

esok nak gi perodua la. tanya- tanya je. nanti boleh kumpul duit sikit- sikit

tadi tengok 2 days 1 night. best episode ever. baik pe director na tu. siap bawak family foreigners gi korea lagi. aku pon tak mampu gi. jeles weh. insyaAllah ada rezeki sampai jugak. belajar berjimat ye

hari ni aku jadi cikgu malas lagi. dua- dua kelas sejarah aku buat nota je. kelas psk buat pembetulan. kelas moral bagi latihan. bila sampai hari terakhir bagi satu- satu minggu memang penat. exausted gile kot. sampai tak daya lagi nak cakap

2A6 bising sangat. kan dah kena marah. tapi aku suka 2A6 sebab bila aku marah diorang 'reti'. terus diam dan buat kerja. kalau 2A2 aku marah mula la diorang buat muka la. mengata aku la. dah pandai sangat kot. kelas pandai denga kelas corot ni memang berbeza macam langit dengan bumi

aku tahu aku garang. tapi deep inside aku tetap sayang diorang. aku marah sebab aku nak diorang belajar. lagipun bukan selalu pon

ye ke fathiah?

(-__-)"

February 9, 2011

cinta macam hantu

lagi cerita tiramisu. serius weh sama. salah aku. memang salah aku. macam melur aku tolak dia jauh. jauh sampai tak nampak jalan lagi. kesudahannya

anggaplah memang tiada jodoh. dan belajar untuk menerima hakikat

ayah melur cakap cinta macam hantu. ramai orang cakap- cakap tapi sedikit saja yang nampak

tak perlu fikir lagi. baik siap- siap ke sekolah. hari ni perhimpunan. baru perasan perhimpunan sekolah aku sangatlah simple takde pon laporan cikgu bertugas ke. kelas paling bersih ke. cuma pk petang dan pengetua saja yang bercakap. bagus ek

malam ni oh! my school. sekejap je kan masa berlalu. esok dah khamis. lusa jumaat. rasa macam baru je hari jumaat. takutlah macam ni

aku nak kamera. tapi aku tak mampu lagi. tak sabar nak capture alam ciptaan Allah yang terbentang luas ni. balik sekolah tengok sunset. kadang- kadang pelangi. indah sungguh. Subhanallah

February 7, 2011

hutan ikan

in love

aku tersangatlah suka cerita jungle fish 2. macam ala- ala cerita jepun macam tu. heavy weh cerita tu. aku suka lagu cerita tu 'feeling sad'. aku suka setiap scene cerita tu. sangatlah kreatif pengarah dia. setiap angle cantik sangat

tapi next week dah episod akhir. tak sabar nak tengok but at the same time tak nak cerita ni habis. casts cerita ni sangat amazing. orang lain takkan dapat mampu buat better dari diorang. sangat menusuk kalbu

ada satu scene bila mana bowu curi usb dari hosu dan bagi pada yul. hosu frust naik basikal laju- laju. masa tu aku dapat rasa betapa sedihnya hosu. betul weh. serius. mengalir air mata mak. at the end it just a story. harap ianya tidak berlaku dalam institusi pendidikan di malaysia

love your student. listen to them

February 5, 2011

need a shoulder

i wanna cry out loud (T_____________________________T) badly

serius aku makin gemuk
aku ada tons of works but i'm too lazy to finished up
aku sangat mengantuk tapi malas nak naik atas. decided to sleep on the sofa
kasihan kat noh fahmi palarae sangat kosong even glades mahupun ambipure pon tak de apatah lagi bantal- bantal gebu
i have no time which i wasted to something else
i hate to go to school yet tomorrow is the last day for holiday
i'm not ready to faced those rude kids
i miss my family so bad
sangat pissed off sebab tiket sangat mahal [weh aku nak balik raya]
i hate to be here
i need friends [lots of friends]
i really hope that time will fly very fast [i wanna go home]
i wanna cook but i dont know how [i wanna learn but i'm hopeless]
ingatan aku makin lemah and i noticed that [baca quran banyak- banyak fathiah]
aku nak jadi pemandu berhemah

perkara paling berat ialah mencintai seseorang yang mencintai orang lain [7 lagu]

February 4, 2011

cairo dan kehidupan yang huru hara

hah. saje je. sebenarnya aku ada kawan kat sana. aku betul- betul- betul harap dia akan pulang dengan selamat ke malaysia. dalam berita tadi punyalah ramai students yang tengah tunggu turn. kasihan sungguh

doa banyak- banyak

pejam celik cuti dah nak habis pon. report? belum siap lagi. baru nak masuk minggu 4 bulan pertama. matilah kali ni. esok jugak sha mintak amik dia di airport. kenalah tolong ibu mengandung. dahlah jauh dengan suami ek

petang esok ingat nak gi rumah azie. nak tengok copy report dia. hehe~

hari ni gi sarikei jumpa nora junior masa sekolah dulu. saje nak jalan- jalan. aku ni pemandu yang teruk dan membahayakanlah. cuak je. tolong hati- hati next time

tak sabar nak hari ahad sebab nak tengok jungle fish 2 tapi tak nak jugak sebab esok tu sekolah. aku belum pon lukis kerajaan agraria dan maritim lagi. hidup terumbang ambing lagi ni. macam- macam aku nak buat tapi tak terbuat. perkataan paling banyak aku taip dan ada dalam setiap entri ialah malas. serius!

aku cuba slow down. find the path. hidup seorang guru hanya untuk pelajar dia semata. aku cuba yang terbaik. ignore semua perkara yang tak bantu aku kumpul pahala. fokus pada kerja! gambatte ne (-__-)"

February 1, 2011

tiramisu-kind-of



dulu kami pun macam dani dengan melur. rapat. sejak dari zaman sekolah. cuma tak pernah berjanji sehidup semati. macam mereka. mungkin we're not meant to be

mungkin 'dani' dan 'melur' cuma rakan sekolah yang 'rapat' dan mula mengikut haluan masing- masing dewasa kini. mungkin 'dani' lupa yang beliau pernah bersahabat rapat dengan 'melur'. mungkin 'dani' sudah ketemu 'liyana' kemudian 'tina' dan melupakan 'melur'

'melur' akan tetap tunggu. tunggu sampai 'dani' betul- betul pilih antara 'liyana' atau 'tina'. kemudian 'melur' akan cari 'zain'. setiap saat 'melur' harap kalau 'melur' mampu putar waktu. tapi 'benny' kata itu cakap- cakap orang yang tak bersyukur. 'melur' percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. mungkin 'melur' itu rusuknya 'dani' mungkin juga rusuknya 'zain'

masa akan tentukan. sabarlah 'melur'

----------------------------------

fall sick. cis. time cuti ni la nak sakitkan. dah la banyak kerja nak kena buat. report orentasi. mark paper student. gi bintulu (-__-)"

tobat aku tak nak naik speedboat lagi. ngeri gile pagi tadi. hujan malam tadi so banyak kayu- kayu berterapungan dalam sungai. air punyalah kuat sampai masuk dalam bot. ngeri. ngeri

service kereta. done!

lega gila. yet still kena bayar 150++. takpe demi noh. oleh kerana jalan je hari ni. badan dah sakit- sakit. batuk. selsema dah datang. batuk yang pedih tu. harap- harap bangun esok dah okey. tolonglah jangan sakit time cuti ni


hah! green hornet weh. jay chou yang ku cintai. ingat lagi. kena marah ngan yani. time tu form 5. semua orang letak doa atas meja yang berbalut dengan wrapping paper comey masing- masing. cuma aku. aku je yang letak gambar jay chou. gile hape ko fathiah! terima kasih kat yani. selalu tegur aku untuk kebaikan. serius terima kasih!

January 28, 2011

soalan best dari peter ling

peter: cikgu saya tanya kamu jangan marah
cikgu: pe?
peter: cikgu. kamu tada rambut ka?

haha. ape la ko ni peter. kesian. pelik agaknya tengok cikgu dia pakai tudung. tak pernah- pernah nak tanya soalan. itu yang ditanya nya. dah la time tu tengak marah- marah jacky. aish (-__-)"

esok dah start cuti. best gilerrr weh. aku nak basuh noh la. dah sebulan belum pon basuh betul- betul lagi. bukan apa. sekarang ni asyik hujan je

kwsp potong banyak la. kenapa ntah. bulan ni memang sengkek sikit. kena betul- betul jimat kali ni. nak gi langkawi lagi. nak balik kampung. and cuti ni nak 'bercuti' jugak

lately selalu mimpi pelik- pelik. malam tadi lagi best mimpi zahiril adzim. ni kali ke berapa ntah aku mimpi dia. sedangkan dah lama tak baca blog dia. cett baru ingat. aku tengok 6 progresif la. dalam mimpi tu dia post kat fb awek dia ialah dira. aku takde la terkejut pon. bukan abang aku. sepupu. jiran pon tak. dia pon bukan muda lagi. aku doakan dia kahwin cepat- cepat

hari ni serius aku malas gile nak gi sekolah. pakai jubah je sebab malas nak iron baju kurung. tekak aku pon dah sakit ni. dan yang paling penting aku pregnant. lagi

January 25, 2011

title: ________________________

cam biasa. sesi luahan perasaan. fortunately. keadaan sekarang dah ok. dah takde rasa cuak. nak muntah sebelum gi sekolah. dan kadang- kadang aku tak ready nak ajar apa. masuk kelas je buat- buat check buku student. sebenarnya aku tak tahu aku dah ajar sampai mana. sorry boys

aku cuba sedaya baik. untuk tidak marah- marah lagi. simon suka suki mengadu kat pk petang. nasib baik aku pandai jawab ngan pk petang. ingat bila dah kena macam tu dah ok rupanya tak. cakap- cakap jugak. makan dalam kelas jugak. aishh. aku marah nanti kang

tapi 1A6 memang tak boleh la. rasa nak marah je. kasihan (-___-)"

kena jaga spm jugak. shit. kalau dapat sekolah jauh- jauh mati la. aku bukan kenal sangat pon sibu ni. tapi ok jugak boleh bawak mak ayah datang sibu then balik sama- sama. weh fathiah tu bukan lambat lagi ke?

next week cuti cny banyak sangat tempat nak gi sampai tak tahu nak gi yang mana satu. bintulu ke sarikei ke kuching ke tapi gi igan. tu pasti!

January 23, 2011

hectic life


aku hairan. sudah 3 minggu bersekolah tapi sekali pun tak jumpa dia di surau. tak kan sepanjang tahun tak solat zuhur & asar. cikgu ini semulia pekerjaan. dan rezeki ini datang nya dari Allah yang Maha Esa. tolong lah berterima kasih

setiap hari pun kau mengeluh. banyak kerja. dah tak de life lagi. hati kau tak tenang. sebab kau lupa. kau alpa. jangan di kejar dunia semata. sebab hidup ni tak lama

January 19, 2011

zaman belajar paling best

zaman sekolah
zaman matrik
zaman degree
zaman dpli

semua diatas adalah saat paling best dalam hidup nor fathiah bt mohamad. ala setakat assignment. copy je. exam? boleh punye

sekarang dah kerja. lain rasanya. tanggungjawab

semalam baru ajar 2A3 & 2A5 nilai tanggungjawab: melaksanakan-kewajipan-dengan-sempurna-kind-of

tak best jadi dewasa. tolonglah!

sewa rumah
bil maxis
bayar kete
tabung haji
simpanan
ptptn (nak jugak)

aku menyampah betul setiap kali ada iklan ptptn kat tv. bukan aku tak nak bayar. masalah problemnya. setiap kali aku cuba mesti tak dapat. thru cimbclicks. website ptptn. nak mintak orang bayar tapi ______

baik. bulan ni. dapat gaji terus bayar. aku pon susah hati jugak hutang ribu riban ni

sedikitkanlah hutangmu supaya kamu hidup merdeka
[Nabi Muhamad SAW]