July 31, 2011

best reminder


lately memang tremendously missing my friends. tadi call muye. sebab teramat rindu. bersyukur sangat dapat cakap dengan muye. ada banyak pesanan penuh makna perlu aku semat dalam hati. terima kasih muye

sentiasa doa pada Allah. itu mesti. rancangan Allah paling hebat. teramat hebat

Alhamdulillah ada peluang bertemu ramadhan 1432 lagi. syukur. semoga bulan penuh berkat ini di isi dengan segala kebaikan. aku tahu bukan mudah. dengan studs yang macam- macam sifat dan sikap. cuba untuk gagah

memang kadang- kadang rasa penat. rasa rindu. buat jadi lemah. mesti positif. kekal positif

July 29, 2011

harimau malaya


pertama- tamanya terima kasih kepada khairul fahmi. kalau tak kerana dak fahmi memang malaysia kena belasah cukup- cukup. walaupun banyak cerita tak best pasal dak fahmi sekarang kat blog- blog lagha. well done man! tak lupa safee sebab bagi penyokong malaysia bersorak puas. walaupun 1 gol. lebih dari cukup

penyokong malaysia paling hebat. amazing. tetap sokong walau dah tahu apa yang berlaku. bangga. bangga. paling best kami 100% malaysian no foreigners. singapura memang loser. serius loser. buat- buat sakit. buang banyak masa nak usung keluar. tak payah jadi pemain bola jadi pelakon lagi baik kot

tak pe lagi 4 tahun kita cuba lagi. insyaallah ada rezeki kita sampai juga ke world cup. cuba dan terus cuba walau kena tunggu 40 tahun. aiman tak kisah

July 28, 2011

what the

rm 130 untuk tampal sebatang gigi yang dah pecah separuh. mak aiii. gile mahal. doktor ni agak- agaklah nak pau orang pon. nasib baik aku sempat buat alasan duit tak cukup. esok kol 7 aku siap- siap gi klinik lanang. kalau tak dapat jugak balik raya nanti baru tampal. baik aku bagi duit kat bangsa sendiri

kita sendiri boleh beza doktor yang bekerja memang nak tolong orang dan doktor yang bekerja nak pau duit orang. ikhlaslah sikit kamu tu doktor. nak balik kampung takde alasan. mak pulak tak kasi balik. mak ni dari aku sekolah lagi selalu tak kasi aku balik. lemah betul la

so far aku ok je. cuma kadang- kadang rasa macam orang tengok semacam je. ignore je. bukannya tak de hidung ke mulut ke. cuma 1 gigi je patah

alhamdulillah finally siap jugak saps yang bengong tu. dah la lembap nak mampos. banyak nak kena isi. cikgu lain 5 kelas je ok la. aku ni ada 9 kelas kot. nak kena isi satu- satu. lepas tu nak purata markah lagi. macam cikgu ni kat sekolah tak de kerja pulak. kerja kursus budak- budak siapa nak tanda. aku kan. minggu ni minggu busy sedunia. nak tanda kerja kursus lepas tu kena gi sekolah lagi ada merentas desa

adoiyaii next week puasa. balik jam 5.30. tapi silibus tak habis lagi. masa dah jadi pendek. sempat ke idok? sejarah sempat kot bab 8 hari ni. sikit lagi. ganbare fathiah!


July 27, 2011

surat untuk bront

salam

beat tv. saya tahu beat tv akan tukar pengacara masa terbaca dalam surat khabar 'pancaindera' masa tu saya tingkatan 5 kira- kira 8 tahun yang lepas. dalam surat khabar tu ada gambar bront dengan dynaz. tapi kecik sangat. tak nampak pon muka. dalam artikel tu jugak bagitahu yang bront ni banyak kacukan. saya jadi wonder macam mana rupa bront ni. oleh kerana saya ni tinggal di asrama kena tunggu cuti sekolah baru balik kampung dan tengok tv

first time saya tengok bront memang terus jatuh suka. bront memang cool. interview orang pakai seluar pendek dengan t shirt je. gile cool

lepas spm dapatlah bersenang- senang kat rumah sambil tengok tv. saya memang suka gile tengok beat tv. sampaikan ulangan saya tengok. kalau main kat tv 'kecik' yang tepi- tepi ada orang chatting tu pon saya tengok. mak saya. adik saya cakap saya gile. memang gile kan bront

sampailah suatu hari ada sein dengan sazzy di beat tv. saya dah agak. mesti nak tukar pengacara. saya sedih gile. nangis- nangis sampai saya tidur. adik saya cakap saya gile. lagi

tapi nasib baik tak lama lepas tu saya dapat ke matrikulasi. so tak dapat tengok tv lagi. memang lepas tukar pengacara saya langsung tak tengok beat tv. tak caye? tanya adik saya. masa matrikulasi tu jugak adik saya cakap beat tv tukar pengacara lagi. awal ashaari ganti. tak pe la tak penting. bukan bront pon

dan masa di matrikulasi jugak saya pernah emel ke beat tv untuk tanya biodata bront. lagi best bila beat tv reply emel tu. dalam tu bagitahu nama sebenar nasrul suhaimi. saiz kasut. asal penang. banyak jugak tapi saya lupa. tak jumpa lagi emel tu

masa first year di universiti saya tak balik kampung masa raya sebab exam betul- betul beberapa hari lepas raya. adik saya cakap 'weh beat tv ada reunion!'. memang rasa menyesal tak balik. kecewa sedih semua ada. lepas raya adik saya call bagitahu 'weh bront tak de dia gi belajar'. nasib baik. rasa terubat luka di hati

second year saya rasa saya ternampak bront dengan 'nang nak' kat klcc. rupanya dia datang untuk sumolah. bront jadi translator. tapi nampak dari kejauhan je

masa yang berlalu pantas. sekarang semua orang kenal bront. bangga sangat. rasa macam mak- mak pulak. ye la lelaki kecintaan saya. tahniah atas semua kejayaan yang dimiliki. jangan lupa berterima kasih kepada yang memberi segala kebolehan dan bakat yang ada. Allah yang Esa. saya cuma harap bront akan terus berseni dan berseni dan berseni

jangan lupa solat. terima kasih pada Allah. itu yang utama. Allah boleh bagi dan tarik balik bila- bila masa apa yang diberi. jangan sampai kita tergolong dalam golongan orang yang rugi. mungkin kita tak akan pernah berjumpa lagi tapi kita akan sentiasa doakan antara satu sama lain kan?

salam

July 25, 2011

penat jadi hipokrit

mana aku gi mesti i'm the youngest. and be the youngest is not an easy. semua pendapat dibangkang. ditolak tak diterima. sebab muda kononnya tak tahu apa-apa. tak banyak makan garam macam orang lain. pengelaman baru setahun jagung. tak kenal apa tu susah senang

bullshit

cuma aku saja yang tahu betapa hidup aku susah. kau pernah jumpa syiah. wahabi. manusia tak bersyukur. kena buli oleh bangsa sendiri. jumpa mak ayah cuma 3 bulan setiap tahun since umur 13 tahun. pernah ke? nak cakap pasal susah senang konon

aku paling muda. orang sekeliling memang tak boleh tengok aku lebih dari orang lain. aku faham aku tak layak. tapi tu takdir aku

manusia memang ada sikap masing. memang aku bukan baik sangat. kadang- kadang marah. kadang- kadang angin tak tentu. boleh tak faham. aku rasa semua manusia pon macam tu. aku yang kena marah. aku tak buat salah tapi tetap aku yang kena minta maaf. buat- buat macam tak de apa yang berlaku. penat tahu

penat menipu perasaan sendiri

dah la mak pon buat aku pening. malu. terhegeh- hegeh. aku bukan suka sesiapa. tolonglah jangan buat macam ni

banyak hati perlu jaga. hati aku siapa nak jaga?

July 24, 2011

weekend sesorang di rumah

dan aku belum pon tampal gigi. tak tahu bila nak merajinkan diri nak gi klinik. esok tak jugak lusa kot ke tulat. tengoklah. studs pon tak de pulak tanya atau cakap apa- apa. diorang ok je melihat gigi cikgu yang terpecah ni

kak aini minggu ni memang busy. almaklumlah cikgu sekolah methodist sekolah kluster katanya. banyaklah aktiviti kan. nasib baik sekolah aku biasa- biasa je. sabtu ni je la ada merentas desa. malas weh. wani memanglah tak pernah nak ada kat rumah kalau weekend. tinggal la aku sorang- sorang. sedih? tak pon happy ada la

cadang nak makan kfc tengah hari ni. tapi kak aini malas pulak nak gi. alang- alang dah dekat. tak nak gi pulak. nampaknya aku yang jauh ni la kena gi. aku pulak malas. nak kena tukar baju. drive lagi. aishh

nak masak bahan banyak tak de. aku jugak yang sengal gi pasar tapi tak tengok apa yang dah habis kat dapur. main beli je. bahan- bahan penting tak beli pon. gi beli daun kari. masak kari tak reti. haha

aku serius nak beli kamera dah berapa kali cakap tak beli- beli pon sebab kan bulan depan kan aku kan dapat kan tunggakan tapi tak de lah banyak sampai beribu. cukuplah beberapa ratus. alhamdulillah ada jugak rezeki sikit- sikit. kamera mahal sangatlah. tengah fikir- fikir nak beli compact dulu ke nak beli dslr terus. emmmm

tapi yang penting tak kesahlah jenis apa pon i tetap prefer color black. baru nampak macam kamera. beli kamera untuk taking pictures bukannya nak melawa ye idok?

July 23, 2011

there is another sky





There is another sky,
Ever serene and fair,
And there is another sunshine,
Though it be darkness there;
Never mind faded forests, Austin,
Never mind silent fields -
Here is a little forest,
Whose leaf is ever green;
Here is a brighter garden,
Where not a frost has been;
In its unfading flowers
I hear the bright bee hum:
Prithee, my brother,
Into my garden come!

[Emily Dickinson]

July 22, 2011

getting better



alhamdulillah. syukur tak terhingga pada Allah. atas segala rahmat dan belas. 7 bulan. perlu 7 bulan untuk sesuaikan diri. untuk menyayangi dan disayangi. untuk menghormati dan dihormati. bahagia? belum tapi puas hati

memang manusia ini sering bermasalah. namun setiap penyelesaian beri kita sebuah kekuatan. dan pengajaran. doa dan doa dan doa dan doa. itu saja. aku juga bukan sempurna. punya sifat negatif. kekadang aku marah. sebab aku sayang

bukan semua manusia sempurna. anak- anak begitu juga. punya angin yang tak dapat aku duga. sabar itu kuncinya. hidup aku hanya kerana mereka. merekalah beban merekalah tanggungjawab merekalah suka merekalah duka. sampai bila- bila

hari ni penuh kesukaran. aku tahu. aku faham. betapa susah nak mendidik. menjadikan yang kurang ajar cukup ajarannya. tak mudah. namun perlu kuat. positif dan doa

hari ini hari penuh keberkatan. kenapa aku benci cuma kerana anak- anak hari ini tidak mahu mendengar tidak mahu melihat. bukankah aku sendiri bersikap lemah

July 20, 2011

teary tuesday

lately selalu rasa sedih rindu mak ayah. nak balik tapi tak dapat. apa boleh buat. aku pulak entah pape biasalah hormon dah tunggang terbalik. stress jiwa mak

semalam pulak stud 2A3 buat hal. aku bukannya marah ke apa. cuma tanya. boleh pulak baling kerusi. kurang ajar betul. pengawas konon. perasan bagus je. malas gile nak hadap muka budak tu hari ni. kalau buat hal lagi memang nak kena la. yang lain pon sama. bising je. aku pon malas nak marah- marah. tapi

geram



layan immortal song 2 lagi best. dah la sekaang ada ft island's hong ki. niceeee. dengar cerita lepas ni super junior's kyuhyun akan join jugak. double niceee

tapi tetap rindu family. dekat- dekat nak puasa ni lagi la bertambah- tambah. memang mood semua hilang. malas nak hadapi setiap hari. lambatnya cuti raya T__________T

July 19, 2011

moody monday

tak pernah selewat ni. kenapa dengan hormon aku ni. serius aku runsing. siapa tak kan. aku cuma bimbang sebab puasa makin dekat. kenapa ni. adakah aku?

mustahil

biasalah hari isnin. nota yang dah salin pon terpaksa salin lagi sekali. sengal weh sengal. ada 30 orang studs sorang pon tak perasan. alahai. dah la kena sit in waktu terakhir. tak sempat tengok 2 days 1 night awal- awal. geram betul

esok kena gi awal sebab ada taklimat zakat. nasib baik jugak kak aini dah masak lauk. boleh makan dan terus ke sekolah. tapi tadi janji dengan kak azi nak makan sama- sama. tak pe yang tu lunch. esok 4 kelas sebelum rehat. mati

harap esok semua akan baik. pagi ni saya tertinggal suatu yang penting. harap tak ulang lagi


July 11, 2011

sapu kasi bersih

dunia ni tak adil kan?
percayalah dunia takkan adil
namun bak kata tuan guru
kita ada senjata hebat

doa

berdoalah pada Allah yang Maha Esa
--------------------------------------------------
asal weekend je mesti demam. sakit bagai. mana tak nye 5 days in hell. demam kali ni remind me demam time sekolah dulu. hidung tersumbat. telinga berdengung. batuk- batuk. tiba semua melintas depan mata. kelas. musolla. dorm. dewan makan. kantin. rindu~

ahad lagi plan nak mc. kononnye. tapi bila sekolah je terus ok je. tak de dah sakit- sakit. kalau tak nak angkat kepala pon sakit

cakap pasal sekolah. mesti ada sikit- sikit cerita pasal student kan. lately 1A3 ni kurang ajar betul. mintak maaf cakap. memang tersangat kurang ajar. bila tiba aku nak mengajar tak nak dengar pulak. takde usaha nak tambah ilmu di dada langsung. pemalas dan bodoh

tolong aku nak crk. tapi takde alasan. serius aku nak balik kampung. rindu azim sebenarnya. huwaaaaa nak balik. biasalah time- time sakit memang homesick tetiba. lagi berapa minggu nak puasa. tahun lepas memang gile best 30 hari puasa kat kampung. sampai berat naik 10 kg tu. haha. tapi aku suka

nak korek- korek lagu raya. memang perantauan betul ni. senjata ampuh ialah doa. sentiasalah berdoa fathiah. berdoa supaya semua berjalan baik. tenteram. aman. makmur dan bahagia

July 7, 2011

wonderful wednesday

alhamdulillah
semalam semua kelas berjalan lancar
terima kasih Allah
kerana permudahkan
urusanku

July 5, 2011

kan dah cakap

memang huru hara. dak clement tu agak tidak sopan. tapi sometimes ok. aku tak faham. hari ni masuk lagi. memang best combination la. zachary. william. john. ivan. joshua. geng- geng bising. tak pe bertahan fathiah. ni baru permulaan

hari ni awal- awal dah dengar lagu 'beautiful day - u2'. harap those studs will give me such a beautiful day. finger cross

tapi hari ni masuk 2A5 jugak. ni lagi lah. redah je. nak sabar tengoklah macam mana. lately bila marah jantung aku rasa semacamlah. takut jugak. kang kejung kat dalam kelas. aku cuba sehabis mungkin untuk sabar

July 3, 2011

esok tolong jangan datang

malas nak hadap esok. tau je la kan. tak sangguplah. entah macam mana perangai budak- budak ni. takut nak fikir. nasib baik ada 4 kelas je. balik awal pulak tu. aku memang tak sedap hati. nak tak nak kena tempuh jugak. nak garang ke? tengak keadaan

semalam ada larian 1 murid 1 sukan. best jugak setakat pusing- pusing. tak sempat penat pon. jalan- jalan dah sampai. dah la jalan sama- sama sia. sedih pulak bila fikir sia dah tak kelas 2A6 lagi. lepas tu ada karnival sukan. lama jugak tunggu kak yan. kak ija sebab diorang kena jaga sukan masing- masing

farez datang sekolah. nampak kat kantin. baru je cakap- cakap pasal dia. entah apa yang dia buat sekarang. bijak budaknya. sayang kalau tak sambung. nampak kawan- kawan dia sambung form 6. si farez ni tak de pulak

nak tidur. tapi takut nak jumpa esok. harap- harap semua akan baik

insyaallah

tahniah malaysian team walaupun kalah kat taiwan at least kita yang gi dapat lawan singapore. good luck. you are the best!

June 30, 2011

lari ke hujung dunia

mahu lari lagi
lebih jauh mungkin
betul
kekadang tak usah ditangisi
saat pasti terjadi
walau semalam semua terbaik tersedia
saat semua mendengar kata
ah!
hancur semua dikocak atasan
mampukah kau
mampukah aku
sungguh aku benci situasi ini
kalaulah dapat ku statikkan saat dan waktu
supaya semua tak berlaku
ini perubahan membawa kesengsaraan
penderitaan
air mata
terbeban
melutut lemah tak bermaya
mahu cari kekuatan
tolong datang segera!