May 19, 2012

kisah budu

takut budu diambil orang. cepat- cepat sorokkan. mungkin ada dalam bilik kot. manusia memang kelakar. aku tak hadaplah budu kau. kalau nak aku boleh belilah

nasib baik dah dapat transfer. baguslah kak emy dan kak aini dua- dua dapat balik semenanjung. dapat bersama- sama dengan suami tercinta. akhirnya. happy for both of them. walaupun dah beberapa minggu tak bertegur sapa

masalah sekarang adalah untuk mencari dua orang housemates. pelik pulak rasa bila terfikir yang aku akan berbuka puasa dengan strangers ramadhan ni. kemungkinan ke masjid pon sendirian

harapan aku cuma biarlah orang yang akan masuk ni pembersih dan tak pentingkan diri. dengar cerita macam ramai akan dipostingkan ke sini minggu depan. bertabahlah adik- adik. kita sama- sama tak kuat. manusia memang lemah

ingat masa mula- mula datang dulu. terkapai- kapai. tadi semak fail peribadi dan markah perkhidmatan. cikgu batch aku semua dapat 90 dan ke atas cuma aku saja yang dapat cukup- cukup makan. tapi setimpal dengan sikap malas aku

jadi tahun ni kena usaha lagi. biar setaraf dengan yang lain. dengan izin Allah


May 18, 2012

happy belated teacher's day

[lokasi: smk sacred heart sibu]

walaupun tiada satu ucapan hari guru namun amanah yang diberi harus diteruskan. pelik sungguh aku budaya masyarakat di sibu ni. hari guru sama macam hari- hari biasa. jealous tengok guru- guru lain upload gambar sambutan hari guru. semua orang bergambar dengan kek. aku ni jangan harap kek. wish pon tak 

nak buat macam mana dah sekolah lelaki. aku rasa diorang tak tahu pon yang 16 mei tu hari guru. dan tak tahu pon wujud hari guru di malaysia ni. bilalah dapat celebrate dengan meriah at least rasa diri dihargai. ni tak hari guru tu lah nak sakitkan hati cikgu

terkilan? sikit. faham memang budaya sekolah macam tu. tak boleh salahkan student. tapi ada jugak dapat hadiah dari student sebenarnya. terima kasih sangat- sangat. walaupun tak banyak tapi adalah jugak

daripada pemerhatian aku:

kalau cikgu tu garang. selalu rotan. selalu pukul tapi dia cantik memang student akan adore dan suka cikgu tu tapi kalau cikgu tu tak cantik. baik macam mana pon. langsung student tak pandang. seolah- olah cikgu tu tak wujud pon

itu yang aku rasalah. aku ni memanglah student tak suka. dahlah tak cantik garang pulak tu. tak kisah asal aku buat kerja aku dah. suka tak suka belakang cerita

akhir kata

selamat hari guru buat semua guru di malaysia. ingat kita adalah penyambung lidah rasulullah. jalankan tanggungjawab dengan baik dan ikhlas

May 14, 2012

lil project



finally berjaya jugak siapkan projek yang lama aku nk buat. to express the beauty of life katanya. sebelum ni ada tengok iklan cerita ayu raudha dengan pierre andre. so malam ni tunggu depan tv untuk tengok 'tiada yang kedua'

cerita dia memang best. dah agak mesti dari novel. ayu raudha sangat cantik. as always. pierre andre sangat sweet. as always. serius comel couple ni. masa tengok perasan jugak setiap scene sangat simple tapi cantik. pandai pierre andre direct. tahniah!


minggu ni budak- budak dah mula exam. bahagia. exam = balik awal. paling  best next week cuti sekolah. tak sabar nak balik. like seriously rindu sangat family dan sahabats

banyak gila dapat jemputan kahwin. mostly di kelantan. memanglah sangat susah nak ke sana. confirm- confirm jam. lagi satu bukan aku kenal pon macam mana nak gi tanah merah tumpat pasir mas. terengganu pon aku fail. macam wedding amie bolehlah nak gi sebab kat kampung

22 mei ni bersamaan dengan 1 rejab. sekejap beno masa berlalu. dah nak puasa. tak sabar pon ada jugak. walaupun rasa macam baru je puasa. lepas raya ni rumah ni kosong sebab kak emy dan wani akan cuti bersalin T__T


May 13, 2012

getting old

otanjoubi omedeto!
26
masa sesuai untuk jadi istri
masa sesuai untuk jadi ibu

sama- samalah doa

May 11, 2012

syukur



syukur
cikgu. sarawak. sacred heart. boys

at least aku ada kerja tetap walaupun pada mulanya memang tak fun langsung
budak- budak di sarawak tahap kebiadapan lagi kurang dari budak- budak di semenanjung
budak- budak sekolah aku tak sekaya atau sesombong atau sebongkak budak- budak sekolah lain di sibu
budak lelaki lebih kental dari budak perempuan. tahan maki dan tahan kena pukul

hargai apa yang ada depan mata. positif. jangan pendam dalam hati nanti semak

May 8, 2012

どうして

situasi:

kak emy ajak kak aini tengok tv. tapi kak aini tak nak sebab aku tengah tengok tv

kak emy: jom kak aini tengok tv
kak aini: [tunjuk aku]
kak emy: ye ingak ye sape [dia ingat dia tu siapa]

kenapa akhir- akhir ni aku rasa sunyi. rasa macam semua kawan dah lari. keluarga sembunyi. dah la hidup sesak dengan manusia pentingkan diri

aku nak ucap terima kasih yang tak terhingga kepada kak aini kerana buat aku jadi manusia paling jahat dalam rumah ni. terima kasih sangat- sangat. aku bukanlah jenis suka gaduh. dulu memanglah tapi sekarang kan dah dewasa

contoh: 
kalau A gaduh dengan B. mereka adalah kawan aku. aku tetap akan kawan dengan kedua- duanya sekali A dan B. walaupun A cakap buruk pasal B. B cakap buruk pasal A. A atau B cakap buruk pasal aku. aku tetap akan kawan dengan mereka

tapi tu semua tak apply dalam rumah ni. oleh kerana aku tak bertegur sapa dengan kak aini. satu rumah tak bertegur sapa dengan aku. so aku sunyi

tak ada orang tanya pon. kenapa jadi macam ni. kenapa tiba- tiba tak bercakap. cuma dengar kak aini saja. tidak aku. faham. aku cuma 'budak- budak'. budak ke orang tua sekali pon semua ada perasaan. do repect each other

memang sedih. nak nangis. tapi air mata malu nak keluar. 'fathiah ni pondan!' kata air mata

aku bukan sorang- sorang. aku ada Allah

Allah adalah kekuatan
Alah adalah sebab untuk hidup

walaupun manusia tak peduli tak mendengar tapi aku tahu Allah selalu mendengar


May 6, 2012

parking war continues


sekarang turn aku dengan kak aini pulak yang gaduh pasal parking. agak- agaklah kalau nak balik kampung sekali pon janganlah parking sesuka hati. siapa yang tak geram. tolonglah jangan selfish sangat

 





meet an old friend: a moon


May 3, 2012

isu berbangkit

selfishness is not living as one wishes to live, it is asking others to live as one wishes to live
[oscar wilde]

---------------------

biasalah kalau dah tinggal sama- sama mesti ada yang tak kena. parking pon boleh jadi isu. tak sangka akan jadi sebesar ini. aku pon rasa tak puas hati tapi pendam sorang- sorang je

last week kak emy confront wani  bagitahu apa yang terbuku di lubuk hati dia tetapi menggunakan kata- kata kasar. pergaduhan kali ni memang epik sebab berlaku di antara dua ibu mengandung

hujah wani: parking tu milik beliau kerana beliau dulu yang tinggal di rumah ni
hujah kak emy: kenapa perlu ada hak milik parking sedangkan semua bayar sewa rumah dengan jumlah yang sama

aku tak tahu nak sebelah siapa. tapi aku rasa aku sebelah wani. kasihan wani sebelum ni parking merata- rata [senasib dengan aku] sebab bagi peluang dekat 'senior'. lagipon kak emy baru beli kereta dua bulan dah kecoh- kecoh nak parking kat tempat tu

aku tak rasa masalah ni besar tapi tak tahu kenapa sampai tiga hari kak emy tunggu wani depan pintu bilik semata nak persoalkan pasal parking ni. aku yang dah setahun lebih ada kereta ni rilek je. kecoh kan

lepas jaja cerita cakap wani macam- macam. siap cakap wani bodoh lagi. aishh awak tu mengandung. jaga sikit tutur kata tu

bila aku cakap perempuan mengandung memang sensitif. kak emy cakap tak. kan dah terbukti disebabkan parking. housemates boleh bersengketa. kalau tak sia- sialah degree aku yang tiga tahun tu. buat letih je belajar pasal behavioral

 aku dengan wani ok je. dengan kak emy pon ok. aku faham aku paling 'junior'. kenalah beralah

sekarang aku dah tak bercakap dengan kak aini [another housemate] lagi sebab tak tahan dengan sikap dia. terlalu pentingkan diri sendiri. buat sakit hati. baik jauhkan diri. nanti time susah je cari kita. macam sebelum- sebelum ni. lagi pon tak ada apa yang nak dibualkan

sikap manusia ni macam- macam. aku pon bukanlah baik sangat. tapi tak lah teruk sangat. boleh lagi fikirkan orang lain dan rasional. tak la main hentam je

 
inilah wedding kek i esok
harap- harap dapatlah apik buat

April 30, 2012

kerusi roda dan kayu api

semalam ke pesta kaul. tahun lepas tak sempat nak pergi. tahun ni ada kesempatan apa salahnya belajar budaya orang. perjalanan ke mukah kurang lebih 2 jam. masa sampai tu dah tengah hari. matahari betul- betul atas kepala. panas? gila tak

pergi ke pesta kaul ni buat aku kagum dengan orang sarawak. mereka memang hebat. cuma guna alam semula jadi untuk hidup. makan even perhiasan. respect!

masa on the way balik sibu. nampak seorang pakcik. gigih sangat tolak kerusi roda hanya guna sebelah kaki. baru lepas kutip kayu api. cuma satu kaki. hidup sampai hari  ini. kenapa kita yang sempurna ni mudah sangat nak mengalah. tak pernah bersyukur. Allah cuma bagi satu kaki. baginya itu pemberian tak ternilai

masa tengok tu memang rasa sebak. tapi dalam kereta ramai orang. segan. kalau dengan nadiah memang dah berjurai air mata. itulah saat paling indah. dan itulah manusia paling kuat yang pernah aku jumpa. aku selalu 'bertembung' dengan keadaan macam ni. terima kasih Allah kerana buat hamba ini selalu bersyukur

sampai kadang- kadang aku takut sebab rileks sangat masuk kelas. dah hilang perasaan takut. cuma takut sebab Allah bagi terlalu banyak kesenangan. takut Allah tak sayang

 








April 25, 2012

rainbowing



apik's birthday today
happy birthday bro!
we miss you

April 21, 2012

isi rumah

[unimas 2012]

bila tinggal satu rumah ni memang banyak perkara yang tak puas hati [sambung entry lepas]

  1. bila masak mesti kena kisar bawang besar + bawang merah + bawah putih + halia. aku suka buat satu tupperware terus senang boleh guna banyak kali. yang tak best bila housemate yang lain guna. aku tak kisah kalau nak guna tapi bila dah habis tak pulak nak gantikan. aku la yang kena kupas basuh potong blend lagi. tolonglah
  2. kadang- kadang bila lepas masak susah kalau nak basuh terus kuali. mesti ada yang lekat- lekat. kena rendam dengan air dulu. kalau tak sempat terus gi sekolah dengan harapan adalah housemate yang akan bersihkan sebab aku dah masak untuk semua kan. harammmm. dah la sampai rumah jam 6.45 petang tengok kuali tu masih lagi berdiri teguh dalam sink. luluh hati. pagi- pagi kalau ada pinggan + mug dalam sink terus aku basuh tak berkira pon
  3. mangsa parking. mereka semua suka hati nak parking mana- mana. mentang- mentanglah aku balik paling lambat sokmo. kesian noh terpaksa berpanas + berhujan
  4. jamban kotor. aku tak faham kenapa mereka ni tak rasa geli ke tengok jamban gila kotor macam tu. walaupun jam dah 11.30 terpaksa jugak bermandi peluh cuci jamban sebelum ke sekolah
  5. tapi ada jugak yang semua tak suka apa yang aku buat. aku suka tengok kbs. aku memang boleh rasa aura kebencian mereka. tapi nak buat macam mana dah tabiat
  6. sepahkan peti. botol air kosong pon nak simpan dalam peti jugak. saja nak buat semak. dengan plastik- plastik lagi. baru kemas sepah balik. tak kan nak marah mereka semua lagi dewasa kot
  7. masalah kipas. oleh kerana kipas syiling rosak terpaksa guna kipas stand. tapi dek kerana sikap pentingkan diri. mereka statikkan kepala kipas tu walaupun dengan nyata nampak aku duduk bertentangan dengan mereka
tahu aku ni suka merungut. cakap buruk pasal orang. selalu tak puas hati. tapi dah tak tahan. dan tiada siapa aku nak mengadu. cerita masalah aku. luahkan masalah aku. yang akan comfort aku. tiada

so bolehlah kalau aku buat sesi luahan perasaan kat sini. bukan ada orang tahu pon

April 20, 2012

boleh tak?


bawak suami balik rumah tanpa izin semua penghuni rumah ni. ingat rumah ni hotel ke? memanglah suami tak keluar stay dalam bilik tapi jugak tak selesa. especially time nak guna jamban subuh hari. nak kena share toilet lagi. stranger pulak tu. eii gelilah

'tu bukan masalah saya'. lancar betul kata- kata tu keluar. tapi time dia bermasalah tak pernah pulak aku cakap macam tu. setiap kali nak balik aku belikan tiket. teman gi service kereta. hantar gi rumah kawan sebab tak dapat drive malam. belikan itu belikan ini [bukan mengungkit]. tak sekalipon aku cakap 'tu bukan masalah saya'

senang lah lepas aku pon nak cakap macam. tu bukan masalah saya. jangan minta tolong dengan saya lagi. kalau awak malas saya pon malas. kalau awak mengantuk saya pon mengantuk. kalau awak penat saya pon penat

susah kalau hidup dengan orang pentingkan diri ni TT_TT

April 18, 2012

dengar ni nak bagitahu


kadang marah
kadang geram
datang sekolah kosong tujuan
malas kalahkan lembu di padang
mesti nak dirotan
muak dan bosan
sikap manusia yang tak fikir masa depan

niat nak tolong
tapi disalah ertikan
tiada pelajar yang cikgu bencikan
pegang tangan cikgu
ikut jalan yang dituju
pasti ada bahagia menantimu
cikgu tak pernah tipu

sikap buruk tolonglah buang
manusia tak mati dek kata orang
apa salahnya jadi manusia sopan

hanya manusia rajin usaha
dapat apa yang dicita
pasang anganmu
kejar mimpimu
aku sentiasa bersamamu
kerana aku cikgumu

[1.49 pm - staff room]

[location: sibu + kuching]

April 15, 2012

esok?


esok
cuma mimpi

esok
mungkin realiti

esok
harus ditempuhi

esok
cabaran menanti

esok
menangis lagi

April 13, 2012

nafsu makan yang membuak- buak




malam ni keseorangan. kak emy dan kak aini masing- masing ada hal

  1. kak aini minta tolong beli tiket. aku malas sebenarnya. nak balik hari tu pon aku yang belikan tiket. lepas bila tak dapat datang nak aku belikan tiket lagi. dah setahun stay kat sarawak tak kan tahu beli tiket. geram pon ada jugak. bo layan. beli sendiri! kalau tak bila nak belajar kan
  2. kak emy. tahu suami datang. tahu nak ke kuching. tapi janganlah suka hati pakai selipar orang. ni dah jalan sampai sarikei baru nak sms. walaupun cuma selipar jepun tapi dah macam nyawa aku kot
kadang- kadang rasa macam diorang ni tak pernah fikir pasal aku. semua pentingkan diri sendiri. mentang- mentanglah aku paling muda belia. suka hati diorang je memperkotak katikan aku

ingat esok boleh rehat- rehat rupa- rupanya ada latihan kawad [kadet bomba]. tekanan! alang- alang keluar esok bolehlah tapau kfc. tak tahulah kenapa nafsu makan macam menggila. rasa nak makan je sepanjang masa. rasa macam nak makan mc d jugak. tapi dah lama tak tapau kat halia. teringin jugak

tolong. aku kegemukan sekarang. rasa macam badang. orang terengganu cakap 'kattang'. ttekkang weh!