March 15, 2011

badai pasti berlalu

nak jugak ek. aku selalu teringin nak gi jepun. bila dah jepun kena macam tu. luluh hati aku. kasihan memanglah Allah saja yang tahu. kadang- kadang tak sanggup lagi tengok mayat kebiruan bergelimpangan. kereta dan rumah dibelasah ombak. aku pilih untuk diam saja. tak nak tahu apa- apa. berapa orang yang 'pergi' dan berapa 'harga' kemusnahan. asal doa aku sentiasa untuk mereka. cepat- cepat sembuh. aku tetap akan ke sana. siapa boleh lawan kuasa Tuhan kalau sudah tersurat badai bakal melanda

harap tanaka koki baik- baik di sana.bila dengar je tsunami terus teringat dia (-__-)"

fyi aku di kampung sekarang sambil memamah masa hingga saat pulang ke sana. hujan tanpa henti di sini. aku agak ni tempias tsunami. tapi suka cuaca sebegini. sejuk je. azim dan keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah nenek di sana. sedih dapat jumpa sekejap saja. kena tunggu sampai bulan 5 baru dapat jumpa lagi. huwaaa

rindu

March 8, 2011

hujan panas ku pandang awan mega


hujan panas
ku pandang awan mega
warna lapis 7 bercahaya
orang tua kata ular naga
mencedok air dalam telaga
kalau tunjuk tangan jadi kudung
rupanya itu cerita bohong

[lagu ini tiada kena mengena dengan cerita diatas]

someday somehow aku akan tengok jugak cerita beto ni. all eyes on beto since dia berlakon sebagai razif aka mayat dalam geng surau. since then kalau cerita ada beto je mesti nak tengok. latest kashaf imani. masa tengok cerita tu baru terfikir dah lama aku tak jatuh cinta macam imani. lama sangat kot. cinta aku memang simpan untuk suami je

----------------------------------------

minggu ni minggu exam. aku ingat dah exam rileks sikit. banyaklah. lagi penat adalah. kena diri sepanjang hari tanpa mengeluarkan suara. tawaf meja student 167 kali. nak tunggu 35 minit tu macam 567 hari rasanya. boringggg

budak- budak jawab setengah jam je. yang kelas belakang- belakang tu takyah cakaplah. 15 minit tak sampai kot. aku pulak banyak jaga masa terakhir. semua dah start cakap- cakap. time aku jaga mesti mr henry tak lalu. aku harap masa aku jaga 2A5 hari ni mr henry lalu. tolonglah!

March 7, 2011

pemimpin tempang

pantang kalau tengok berita mesti nak bebel. berat sebelah punya stesen tv. serius! puja sangat pemimpin yang 'tempang' tu. pimpin keluarga sendiri pon tak mampu. nak pimpin sebuah negara. layakkah?

wahai pemimpin tempang kau tahu kau memang tak layak sebab kau lemah. kau tak mampu bimbing isteri kau. anak- anak kau. kau biar semua lelaki pandang aurat isteri kau. kau tak tahu ke rambut isteri kau tu dari jamaica dah boleh nampak. buta hati eh buta cinta barangkali. sampai tak tahu beza dosa pahala. kau biarkan anak- anak kau minum air kencing syaitan. kau rasa mana tempat kau sekeluarga di akhirat kelak

aku tahu aku tak layak. tapi aku cuma rakyat yang benci political rubbish yang kau bawa. pernahkah kau fikir pentingnya pegangan agama. lihat. apa yang telah kau buat pada negara. tiada apa cuma kehancuran jiwa. aku tak mahu pembangunan. kemodenan. aku cuma mahu sebuah negara yang kepercayaannya hanya pada Allah. Tuhan yang satu

kau lupa. kau leka dengan keindahan dunia. sampai kau buta. sungguh aku gerun memikirkan akhirat. namun jauh disudut hati. aku mahu lihat kau disana. bila saat terbongkar segala kejahatan. aku juga bukanlah manusia sempurna namun aku berusaha mencari sebuah kesempurnaan dalam iman

aku mahu pemimpin yang sehebat muhammad al fateh. sebab aku takut. lupakah kau kita ini manusia akhir zaman

March 6, 2011

you are flower, now bloom

this week gonna be very interesting. i really mean it. kena datang awal selasa ni. sure no problem. anything as long as balik awal. semalam chat dengan lee. konon- konon nak buat reunion 121. which actually nak mintak diorang temankan aku sampai pagi

unfortunately. macam tak jadi je. sebab sangat lewat takkan lah nak jumpa after 11 pm till the dawn kan. T___T. lee on. keri pon on. tunggu saff and koji je. tapi kalau tak jadi pon takpe. aku faham

ereen nak tunang 13hb. aku ni sekejap nak gi kelantan. tiba- tiba janji dengan ereen pulak. aku sendiri pon confused. pada firasat aku last- last stay di rumah je sepanjang minggu. aku nak kurus. tapi makan tak henti- henti (-_-)". aku cuba nak kurangkan makan tapi semakin nak kurang semakin banyak aku makan. gerun kot nak balik. mesti mendapat hinaan daripada ahli keluarga dan jiran tetangga

last saturday ada sekolah ganti. as usual. pengetua akan bagi little talk yet very meaningful. this time dia cakap pasal water molecule and word. ok. kalau kita ada segelas air dan kita cakap baik- baik dengan air tu. molekul air akan jadi sangat cantik but if kita maki- maki air tu. molekul air akan jadi hodoh. pengetua siap tunjuk gambar lagi

perbezaan corak molekul air bila terdedah dengan classical, folk dan heavymetal music. they are so very different. kalau yang heavymetal tu molekul air jadi buruk sangat. macam polluted water. sebenarnya apa yang pengetua cuba sampaikan ialah 70% daripada tubuh manusia ialah air. so badan kita akan react according to what kind of words that we used every single day. which how we communicate with the students. kalau guna bad words student kita akan jadi bad. vice versa

talk nice. be patient

baik. saya cuba!!

March 4, 2011

dollah oh dollah

pagi- pagi pekerja kedai komputer dah call. bagitahu nak format dollah. berat hati T____T. aku mintak dia tunggu aku balik kampung dulu. ambil cd. adapter pulak dia cakap rosak. nak kencing aku la tu. bila masa pulak rosak. cuma internet je yang tak dapat. dahla duit pon takde ni. macam- macam pulak

tapi memikirkan akan balik kampung. bahagia je rasa. dan hari ni dah jumaat. phew~

dib pon ada call bagitahu misi skrol berjaya! yeay~ lupa nak bagitahu transkrip dah ambil. mesti kena hadap kerani yang 'bekeng' tu. almaklumlah kerani- kerani kat upsi ni hangin sikit. aku pon tak faham. layan kita macam kita ni kerja kutip sampah je. manusia jenis apalah macam tu

malas nak fikir pasal interview lagi. nak balik dulu. boleh? study last minute baru best~

March 3, 2011

exam fever

tak berapa nak fever pon sebenarnya. aku yang fever. next week exam pastu balik. tak sabar. tak sabar. cuti memang best tapi nanti bila dah datang balik banyak kerja menunggu kot. nak masukkan markah budak- budak ni lagi

aku betul- betul risau dengan 1A3. dah 3 bulan masih lagi blur. dan tak berusaha pon nak belajar. yang dengar suara cuma william dan wong je. susah hati betul. sama dengan 2A6 & 2A9. boleh ke buat? rasa macam tak sanggup nak mark

aku dengan 'kawan sekampung' ni selalu sama. balik hari sama. cara yang sama which naik bas balik KT. hari tu masa maulidurrasul aku park kereta sebelah kereta dia. banyak- banyak parking sebelah kereta dia aku park. interview spp hari yang sama. rasa macam dekat je tapi sebenarnya jauuuuhhh sangat. kami tak rapat pon. dia cuma aku hal- hal kerja je

takpe la at least rasa macam ada sedara mara di sibu ni. sabtu ni azie nak datang. kali mintak- mintaklah jadi. sekolah ganti lagi sabtu dah la kena balik jam 12. skema kot pengetua ni. hari ni khamis. pejam celik pejam celik masa berlalu macam tu je

March 1, 2011

hari hujan alasan untuk tidak ke bank


pagi cuma masak spagetti je. malas. malas nak gi sekolah jugak. selasa punya kelas sangat tough. hujan masih melebat. hampir jam 11 aku belum pon mandi lagi. baju pon belum berseterika. semua angkara malas

rancang hari ni nak ke bank. masukkan duit ke asb. tapi hujan

Alhamdulillah. semua yang perlu dibayar sudah dibayar. cuma tinggal gaji bersih saja. kira- kira rm200+ untuk satu bulan ini. jimat fathiah. minggu depan cuti. yeay. serius tak sabar. walaupun perjalanan kali ni akan panjang. asal pulang

semalam check spp. Alhamdulillah interview 31 march ini. fuhh~ tapi kecut perut sebab masalah skrol belum selesai. harap junior di upsi dapat membantu dengan jayanya. semoga dipermudahkan. untuk aku ke tanjung malim agak mustahil. ini bukan cuti panjang

cuti kali ni pon dah banyak ditempah oleh pengantin- pengantin seantero malaysia. cuma di terengganu sajalah yang dapat saya munculkan diri. hujan masih menangis. apa yang ditangisi. sejuk mahu mandi. sejuk lagi di dalam bilik guru nanti

minggu ni minggu ulangkaji. ulang dan kaji. hari ni balik awal lagi. sabar fathiah cuma 2 minggu ini. next week exam then pulang

February 27, 2011

sudah- sudahlah

sudah- sudahlah dengki dengan orang yang belajar di jepun. serius aku teringin sangat. teringin nak jejak kaki disana. cakap- cakap bahasa sana bukan sekadar 'ogenki desuka' 'otanjoubi omedeto' 'hajimimashite' 'yoroshiku onegaishimasu' 'imanandjidesuka' 'zannende~' 'bikkuri' 'gomenne~' 'chottomatte' dan lain- lain

aku nak tulis hiragana. katakana. kanji dengan baik. smooth je. bukan lagi tertukar 'ne' dengan 'me'. aku membesar dengan cerita jepun. dengar lagu jepun. sampai lagu enka pon belajar masa di sekolah dulu. ingat masa sekolah lucky for us sebab dapat 2 sensei yang best. sangat fun. walaupun sifat dan karakter mereka sangattt berbeza

tapi salah aku. aku take for granted. aku sia- siakan peluang yang ada. kalau aku rajin. kalau aku sungguh- sungguh. sekarang aku tak perlu dengki- dengki dengan orang lagi. aku main- main. malas nak hafal 'atarashi kotoba'. exam pon meniru. dah la siap tulis kotoba's atas kertas. menyesal pon tak guna kot

kat unimas still amik bahasa jepun lagi. cinta sungguh aku akan bahasa jepun. negara matahari terbit ni. tapi salah aku. mungkin takdir aku. end up di sibu. setiap yang berlaku pasti ada hikmah bukan. insyaAllah suatu hari nanti aku pasti akan amik gambar bawah those blossoms. sakura ki hana michi la katakan

ok enough fathiah

back to the reality. hari ni ada sekolah ganti dan 2 LDP. fuh! finally bayar jugak bill celcom. gile bod**. geram betullah. tobat aku takkan guna apa- apa produk celcom. lunch di redcarrot. boleh tahan. sedap jugak. sebelum balik cuti nanti nak makan lagi. ok bercakap pasal cuti ni junior aku di sarikei kena interview spp kot in the middle of holidays. gile weh

bukan aku tak nak interview tapi aku badly nak balik kampung. aku betul- betul dah set minda prepare mental dan fizikal zahir dan batin untuk balik kampung. tadi check online belum ada tarikh lagi. harap- harap dapat lepas cuti. lagipon skrol aku belum amik lagi

hari ni pengetua cakap pasal pengendalian kelas:
1) bagi pelajar habiskan perbualan sebelum mulakan kelas - bagi aku kalau nak tunggu memang takkan habislah. bagi masa 89 jam pon tak cukup kot

2) jangan masam muka sepanjang kelas - fine. memang kadang- kadang aku pon buat macam tu. tapi kena tanya kenapa. sebab pelajar perangai macam hantu macam mana nak senyum. you tell me!

2 tu je yang aku ingat (-__-)"


February 23, 2011

loooong rest

bangun dari tidur terus mandi tanpa fikir panjang. sambar kunci kereta sepantas kilat cari klinik. pusing punya pusing satu klinik pon aku tak jumpa. dari bulatan poliklinik sampai ke batu lima sampai ke sekolah aku sampai ke delta mall. barulah nampak batang hidung klinik. park laju- laju terus masuk

doktor muda lagi. banyak duit dia ek. blood pressure ok. tak demam. cuma batuk plus selsema. mungkis sebab kasihankan aku yang tengah tahan kahak ni doktor pon bagi aku mc 2 hari. 2 hari beb. call pk petang bagitahu mc tapi 1 hari je dia approve. kata pk petang "perluke 2 hari cuti?"

baik. saya datang sekolah esok. basuh baju. masak. makan. dang! terus tidur. bangun- bangun dah jam 2 petang. solat sambung tidur balik bangun jam 5.30 petang. capai tuala dan mandi. solat. lagi. kepala aku sakit gile kot. since malam tadi. macam otak aku mengecut je. perit

hari ni aku sangat puas hati dapat mc. tidur 1 hari kot. bahagia- sebahagianya. esok tak sabar nak gi sekolah. kasihan cikgu yang seat-in aku. dah la aku ada masa terakhir. sorry

tapi nasib baik jugak tak datang sekolah sebab aku kena bertugas hari ni. assembly pon takde means kelas akan jadi 35 minit. mana larat nak masuk 2A2 lepas tu 2A3. nasib baik betul la

ubat batuk paling pahit pernah aku makan. tak tahan. dahla mengantuk gile. takpe yang pahit tu la penawar ye tak. aku teringin nak makan roti canai. ingat esok nak amik pos laju terus gi tapau roti canai. cambest tak?

p/s: menyampah betul bila orang ingat nama aku fatimah (semua ubat dia tulis fatimah). fathiah la weh

February 21, 2011

bulan mac bulan berjimat cermat

semalam mak call cuma untuk bagitahu bil celcom sampai lagi kali ni beserta surat lawyer. shit gile kot. aku dah bayar dulu dan bagitahu aku nak terminate. mamat kaunter tu siap cakap lagi "oh ni dah terminate". aku balik rumah dengan girang hati dan assume semua dah setel. sakit hati aku. aku akan bayar tapi aku tak halal sesen pon

aku tak sabar nak tunggu gaji. banyak nak kena bayar. kereta. skrol aku yang berhabuk kat upsi tu. kenalah amik sebab nak guna time interview esok- esok. tak dapat simpan banyak untuk asb bulan depan. duit oh duit

aku teringin nak duduk atas kerusi mengadap meja. gunting dan kertas colorful ditangan. mula sesi gunting dan tampal. buat kad. buatlah pape. hias bilik ke. hias board. ni dibiar je berhabuk. last- last aku yang selsema dan batuk. aku betul- betul- betul rindu time study dulu especially di unimas. what a chill place. tenang yang amat. kalau teringat boleh nangis kot

hah! nasib baik peter ok. senang kalau student macam tu. faham kenapa kita marah dia. cuak jugak sebab jumaat hari tu tak datang sekolah. ingat marah aku lagi. hari ni tangan lenguh gile. batuk- batuk lagi

tadi dapat berita cikgu william accident. terkejut aku. baru nak cari dia sebab nak tanya pasal lawatan ni. kena buat proposal la pulak. kos semua tu. weh tak reti la. nak cari bas. nak bawak budak- budak. capable ke aku? minggu ni aku dah start buat ulang kaji untuk kelas belakang- belakang. sebab diorang lambat sikit nak digest

hari sabtu lepas LDP best gile kot. jam 7.45 aku masih lagi duduk atas katil dan ragu- ragu nak gi sekolah. dan nasib baik aku gi. dapat belajar buat website. kasihan cikgu mok. cikgu- cikgu lain agak 'berusia' so bab- bab komputer ni lambat la sikit. tapi sangat fun. dan aku tak sabar nak buat [tak buat- buat lagi pon dah 2 hari kot fathiah] (-_-)"

tak sabar nak balik kampung. raudha dah belikan tiket balik terengganu 12hb. Alhamdulillah~
malam tu terpaksalah stay di lcct sambil mark kertas budak- budak

positive energy please!


too lazy to face tomorrow

February 17, 2011

a heartbroken teacher

seingat aku tak pernah aku senyum sebelum ke sekolah. lebih tepat di dalam kereta. masam je. betapa aku malas untuk ke sekolah. tak pernah sehari pon aku rasa teruja. tak pernah

sejak akhir- akhir ni balik sekolah mesti nak nangis. entah apa aku buat kat budak- budak ni. rasa bersalah. geram. sakit hati. kecewa. semua ada. aku tahu aku bukanlah cikgu yang baik. dan kadang- kadang tindakan aku melampau. aku minta maaf

tapi sikit pon dalam hati aku tiada perasaan benci walaupun kami bukan sebangsa seagama. aku terima mereka seadanya. aku kasih mereka sama rata. aku mahu mereka berjaya. ubah nasib. ubah kehidupan mereka

aku sedih. kalau boleh aku tak mahu lagi pegang tanggungjawab ini. aku tak mampu. sampai saat ini aku masih ragu- ragu. boleh kah aku bertahan? mana dapat aku cari kekuatan?

aku marah sebab aku sayang. kalau aku benci aku biarkan saja. biar bodoh sampai mati. tapi budak- budak tak pernah faham. katanya aku kejam. biarkan. biar masa yang tentukan. bila saat mereka matang

1A9 & 1A7
semua pandai- pandai. tenang hati bila masuk kelas. ada interaksi dua hala. aku suka. boleh cerita- cerita. lagi- lagi pasal sekolah aku. diorang mesti kagum

1A6
cikgu sayang kamu semua. tapi ada yang pilih untuk malas belajar. apa daya cikgu

1A3
peter oh peter. kan dah kena marah. aku ajar kau tak nak dengar. aku pantang betul dengan orang malas macam kau ni. membekal kau eja memekal. aku ajar kau kecoh nak balik. tu la datang sekolah jarang- jarang. jacky, kelvin, panther, ng, kian bin senang sebab diorang dah tahu perangai aku. aku akan marah kalau kau buat aku marah. kalau kau elok- elok aku takkan marah. kau percayalah

2A2
kelas paling ramai pengawas tapi sesen pon tak guna. semua pandai- pandai. lebih 'pandai' daripada cikgu. kadang- kadang rasa macam nak lempang je sorang- sorang. bila aku bercakap. diorang mesti akan cakap sesama sendiri dalam bahasa cina. mentang- mentanglah aku tak faham. tak pa tunggu saja apa aku buat nanti

2A3
hah! john ling. lelaki paling bodoh yang pernah aku jumpa. kau mengadu ye. berani kau. kau bising dalam kelas tak de pulak nak cakap. salah aku je la kau tahu. tunggu la minggu depan. baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. nasib baik kevin dah ok. ada minat nak belajar. zachary pon sama. kalau takde john ling aman dunia kot

2A5
antara kelas tough. walaupun hanya 25 orang rasa macam 80 orang. susah nak control. kena gunakan kekerasan baru nak diam. simon, chong choon dah ok sikit cuma vincent rasa macam nak gunting je mulut dia. buat kelas tu macam rumah dia. geram gile. dah 3 kali aku tulis nama tapi belum lagi bagi pada pk petang. esok. yes pasti!

2A6
bising. tapi kalau aku marah terus diam. tanpa protes atau mengumpat aku. kamu tahu betapa saya rasa bersalah. tapi kalau saya tak buat macam tu kamu akan terus bising. terima kasih sebab faham. kamu lagi bagus daripada 2A2 & 2A3. biarlah kita tak pandai sangat asal tak kurang ajar

2A9
kelas sendiri. nak marah pon tak boleh. lagipon budak- budak pasif. cikgu paling sayang kamu!

wahai budak- budak. ingatlah cikgu marah- marah kamu sebab cikgu sayangkan kamu. luluh hati cikgu tengok kamu tak tahu membaca. apa itu judi. apa itu bla bla bla. cikgu cuma mahu kamu pandai dan tahu hormat orang. itu saja

February 13, 2011

no reply

cantik bukan?

Subhanallah

rumah jiran yang suka main mercun

love the skies so very much


tertekan dengan students. serius
tapi
esok cuti maulidur rasul
patutlah bulan cantik sangat
rupanya sudah 12 rabiulawal
tenangkanlah hati kami ya Allah


-------------


hope is the thing with feathers
that perches in the soul
and sings the tune without the words
and never stops at all
[Emily Dickinson]

February 12, 2011

bila ayah tetiba beriya nak datang sibu

mak call. soh tengokkan flight ticket july. murah! tapi july. aku keje pon. ingat nak bawak mak ayah datang hujung tahun. alang- alang aku kena jaga spm kan. lepastu boleh balik sama- sama. kalau cuti seminggu sekalipon aku tetap nak balik

tiket raya belum beli lagi ni. tunggu kredit kad tapi belum diluluskan lagi. ayah cakap masih dalam siasatan. sebulan kot. tiket tengah murah kot sekarang. kalau tak beli bila lagi ek. tapi aku dah pakai banyak duit hari tu. mana nak korek lagi

lupa nak cite. side mirror. pecah. jahanam. terlanggar tiang rumah. kesian noh. mesti sakit. dah la aku tak jaga betul- betul aku patahkan lagi telinga dia. 'patah telinga'? pelik je. haha

tanya kak yan. kak yan cakap sebelah rm 400. mahal kot. takde la rosak sangat. cermin boleh gerak- gerak lagi. cuma cover lampu tu pecah. pastu macam tertanggal sikit. tak cantik la. tapi biasala kereta baru memang macam tu. kena rasa jugak. tapi nasib baik side mirror je. je??

esok nak gi perodua la. tanya- tanya je. nanti boleh kumpul duit sikit- sikit

tadi tengok 2 days 1 night. best episode ever. baik pe director na tu. siap bawak family foreigners gi korea lagi. aku pon tak mampu gi. jeles weh. insyaAllah ada rezeki sampai jugak. belajar berjimat ye

hari ni aku jadi cikgu malas lagi. dua- dua kelas sejarah aku buat nota je. kelas psk buat pembetulan. kelas moral bagi latihan. bila sampai hari terakhir bagi satu- satu minggu memang penat. exausted gile kot. sampai tak daya lagi nak cakap

2A6 bising sangat. kan dah kena marah. tapi aku suka 2A6 sebab bila aku marah diorang 'reti'. terus diam dan buat kerja. kalau 2A2 aku marah mula la diorang buat muka la. mengata aku la. dah pandai sangat kot. kelas pandai denga kelas corot ni memang berbeza macam langit dengan bumi

aku tahu aku garang. tapi deep inside aku tetap sayang diorang. aku marah sebab aku nak diorang belajar. lagipun bukan selalu pon

ye ke fathiah?

(-__-)"

February 9, 2011

cinta macam hantu

lagi cerita tiramisu. serius weh sama. salah aku. memang salah aku. macam melur aku tolak dia jauh. jauh sampai tak nampak jalan lagi. kesudahannya

anggaplah memang tiada jodoh. dan belajar untuk menerima hakikat

ayah melur cakap cinta macam hantu. ramai orang cakap- cakap tapi sedikit saja yang nampak

tak perlu fikir lagi. baik siap- siap ke sekolah. hari ni perhimpunan. baru perasan perhimpunan sekolah aku sangatlah simple takde pon laporan cikgu bertugas ke. kelas paling bersih ke. cuma pk petang dan pengetua saja yang bercakap. bagus ek

malam ni oh! my school. sekejap je kan masa berlalu. esok dah khamis. lusa jumaat. rasa macam baru je hari jumaat. takutlah macam ni

aku nak kamera. tapi aku tak mampu lagi. tak sabar nak capture alam ciptaan Allah yang terbentang luas ni. balik sekolah tengok sunset. kadang- kadang pelangi. indah sungguh. Subhanallah